Berita Harian

Penjual pakaian tiruan berdepan denda RM29J

-

Kota Kinabalu: Seorang peniaga pakaian jenama terkenal di sebuah pusat beli-belah terkemuka, di sini, berdepan hukuman denda sehingga RM29 juta selepas didapati menjual barangan tiruan.

Premis yang menjual barangan jenama Polo itu diserbu sepasukan anggota penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas menerima aduan dan risikan.

Dalam serbuan jam 11.25 pagi, semalam, sebanyak 1,964 unit pakaian dan aksesori pelbagai jenis dirampas selepas disahkan tiruan oleh wakil jenama berkenaan.

Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas, berkata serbuan dilakukan selepas wakil jenama itu mengesahka­n premis berkenaan menjual beberapa jenis barangan yang bukan dibekalkan syarikat terbabit.

Katanya, hasil serbuan, pihak KPDNHEP merampas sebanyak 1,916 helai baju, 11 unit seluar, 27 unit topi dan 10 unit tali leher jenama berkenaan.

“Semua barangan yang dirampas dianggarka­n bernilai keseluruha­n RM196,400 berdasarka­n harga pasaran semasa.

“Pihak penguatkua­sa KPDNHEP sudah mengambil keterangan daripada pemilik berusia 50-an dan dua pekerja perempuan di premis berkenaan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNHEP Sabah, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Timbalan Pengarah PPDNKK Sabah, V Ravichandr­an.

Georgie berkata, jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

“Untuk syarikat pula, ia boleh dikenakan denda RM15,000 bagi setiap unit barangan bagi kesalahan pertama dan kedua,“katanya.

Sementara itu, Georgie memberitah­u media, sepanjang Januari sehingga 30 November tahun ini, sebanyak 47,065 pemeriksaa­n dijalankan di seluruh negeri ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 1,081 kes dikesan membabitka­n nilai rampasan mencecah RM7.29 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia