Berita Harian

Yayasan Sarawak bantu pelajar ikuti kursus di I-CATS

Pinjaman turut ditawar bagi biayai pengajian

- Oleh Melvin Joni

Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak menyatakan komitmen membantu pelajar yang mengikuti kursus di Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (I-CATS), termasuk menawarkan pinjaman bagi membiayai pengajian mereka.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, kemudahan itu bertujuan meringanka­n beban pelajar yang layak memasuki kolej teknikal itu di peringkat diploma dan ijazah.

“Kita membuat keputusan bahawa setiap pelajar kita yang mengikuti kursus di I-CATS akan diberi pinjaman terus oleh kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak.

Bangun modal insan

“Ini bermakna setiap pelajar yang diterima masuk oleh I-CATS untuk kursus di peringkat diploma dan ijazah akan menerima pinjaman terus dari Yayasan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Konvokesye­n Ketua Menteri Sarawak Ke-21 Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS)/I-CATS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini.

Abang Johari yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak berkataden­gan adanya bantuan pinjaman itu, ia secara tidak langsung membantu membiayai kos kemasukan pelajar ke I-CATS.

“Dalam erti kata lain, pelajar tidak perlu bersusah payah untuk memohon pinjaman bagi pendidikan mereka.

“Sebaik sahaja anda diterima di I-CATS, kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak akan terus memberi pinjaman,” ujarnya.

Abang Johari berkata, keputusan itu dibuat sebagai komitmen kerajaan negeri untuk membangunk­an modal insan yang begitu penting kepada masa depan dan ekonomi Sarawak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia