Berita Harian

Ahli Parlimen Bandar Kuching derma RM30,000

-

Kuching: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen mengambil inisiatif menyumbang RM30,000 daripada peruntukan­nya sebagai wakil rakyat bagi membantu mangsa kes letupan gas di Pusat Beli Belah Cityone Megamall, di sini, Isnin lalu.

Kelvin berkata, walaupun jumlah berkenaan tidak besar, namun beliau komited berikhtiar mencari bantuan lain demi meringanka­n beban mangsa terbabit.

“Jumlah RM30,000 itu akan diserahkan kepada semua mangsa terbabit walaupun bukan dalam jumlah besar. Bantuan susulan akan terus diusahakan sebagai menyokong mangsa yang terpaksa mengharung­i kesukaran kerana insiden itu.

“Kita berharap banyak lagi pihak lain sudi menghulurk­an bantuan kepada semua mangsa berkenaan,” katanya ketika ditemui NSTP, di sini, kelmarin.

Kerja ubahsuai

Dalam kejadian jam 3.30 petang, kelmarin, rangkaian francais makanan segera Korea, Nene Chicken Malaysia, di pusat beli belah berkenaan meletup dipercayai berpunca daripada kebocoran gas ketika kerja ubahsuai sedang dijalankan. Susulan daripada letupan berkenaan, tiga maut, manakala 41 lagi mangsa cedera.

Kelvin ketika mengulas lanjut turut menegur orang ramai, terutama pengguna media sosial agar menghormat­i sensitivit­i keluarga mangsa yang terbabit dalam insiden berkenaan.

“Saya mendapati ada pengguna media sosial bertindak agak keterlalua­n menularkan gambar kad pengenalan tiga mangsa yang maut itu.

“Perkara begini patut dihentikan segera kerana ada pihak yang terkesan dengan tindakan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia