Berita Harian

Tiket final Piala AFF Suzuki dijual mulai hari ini

Saingan pertama di Bukit Jalil Selasa ini, 15 Disember di Hanoi

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Pasukan bola sepak negara diberi sambutan meriah oleh penyokong sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 setelah seri 2-2 menentang Thailand dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Rajamangal­a di Bangkok, kelmarin.

Skuad Harimau Malaya akan membuat perhitunga­n dengan Vietnam pada aksi final Piala Konfederas­i Bolasepak ASEAN (AFF) 2018 yang diadakan secara timbal balik di Bukit Jalil dan Hanoi pada 11 dan 15 Disember ini.

Vietnam atau terkenal dengan jolokan Naga Emas mara selepas menewaskan Filipina dengan agregat 42. Dalam aksi kedua separuh akhir di Hanoi malam tadi, mereka mengatasi lawannya itu dengan keputusan 21.

Pasukan kebangsaan bimbingan Tan Cheng Hoe pula mengesahka­n tempat ke final kelmarin, selepas mengatasi Thailand menerusi peraturan jaringan di tempat lawan selepas terikat dengan agregat 22.

Pada aksi kedua di Bangkok, kelmarin, skuad Harimau Malaya berjaya mengikat lawannya itu, 22.

Aksi pertama final Piala AFF 2018 akan diadakan di Stadium Nasional pada Selasa ini, manakala kedua di Stadium My Dinh, Hanoi, 15 Disember.

Dalam pada itu Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditemui di Bangkok kelmarin berkata skuad negara tiada pilihan lain kecuali membawa pulang Piala AFF.

Detik terbaik

Beliau yang turun menyaksika­n barisan pemainnya menempah tiket final di Stadium Rajamangal­a malam kelmarin, mengakui ini detik terbaik buat pemain Harimau Malaya menempa satu lagi sejarah dalam bola sepak negara selepas dikecewaka­n di pentas akhir empat tahun lalu.

“Syukur kerana kita berjaya melangkah ke final Piala AFF 2018. Namun perlawanan akhir nanti fasa yang jauh berbeza dan mereka perlu terus kekal fokus untuk aksi terbabit.

“Kita sudah mara ke final, jadi bagi saya, tidak ada harumnya kalau kita gagal menjadi juara kali ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan kelmarin.

Mengulas lanjut aksi penuh mendebarka­n itu, Hamidin jelas gembira dengan komitmen ditunjukka­n barisan pemain negara selepas menyingkir­kan juara bertahan itu di laman mereka.

“Saya katakan kepada pemain kita yang mereka akan berdepan perlawanan yang lebih sukar di sini dan terbukti, Thailand begitu bertenaga namun mereka dapat menyerap tekanan yang diberikan lawan.

“Pemain memberikan komitmen tinggi dan tidak mudah berputus asa apabila bangkit walaupun ketinggala­n dua kali.

“Bukan hanya setakat komitmen pemain tetapi saya kira kejayaan ini juga berkat doa seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ??
[FOTO BERNAMA]
 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Pemain Harimau Malaya disambut peminat setibanya di KLIA, semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Pemain Harimau Malaya disambut peminat setibanya di KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia