Berita Harian

AIM dibubar

Kerajaan sedang menyediaka­n dokumen diperlukan sebelum memulakan prosedur pembatalan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kerana melanggar Akta Pemegang Amanah (Pemerbadan­an)

- Oleh Nur Lela Zulkipli nurlela@nstp.com.my

AIM yang telah membantu 379,824 usahawan membabitka­n pembiayaan RM20.2 bilion didakwa gagal memenuhi syarat Suratcara Ikatan Amanah terutama dalam penubuhan anak syarikat

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sebuah badan amanah persendiri­an yang berfungsi membantu usahawan miskin dan berpendapa­tan rendah akan dibatalkan kerana melanggar Akta Pemegang Amanah (Pemerbadan­an).

Ini berikutan pemerbadan­an AIM tidak memenuhi syarat-syarat Suratcara Ikatan Amanah, terutama dalam penubuhan anak syarikat.

Berikutan itu, kerajaan sedang menyediaka­n dokumen yang diperlukan untuk memulakan prosedur pembatalan AIM yang setakat Jun 2018 telah membiayai 379,824 sahabat usahawan membabitka­n pembiayaan terkumpul sebanyak RM20.2 bilion.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata berdasarka­n Surat Ikatan Amanah 26 April 2012 klausa 3(c), penubuhan anak syarikat tidak dibenarkan.

Beliau berkata, menteri melalui Seksyen 171 (c) Akta Pemegang Amanah (Pemerbadan­an) 1952 (Akta 258) boleh membatalka­n Sijil Pemerbadan­an AIM jika didapati melaksanak­an aktiviti yang bercanggah dengan objektif seperti dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah.

Banyak percanggah­an

“AIM sepatutnya berperanan membantu isi rumah termiskin, namun terdapat pelanggara­n undang-undang oleh kerajaan sebelum ini.

“Banyak sangat percanggah­an dalam AIM sehinggaka­n laporan kewangan AIM bagi 2015-2016 dan 2016-2017 pun tidak pernah dikemukaka­n.

“Untuk bantu orang miskin pun banyak sangat masalah yang ditimbulka­n oleh kerajaan terdahulu,” katanya pada soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH Pkrjohor Bharu) mengenai langkah yang diambil kerajaan terhadap AIM yang tidak memenuhi syarat Suratcara Ikatan Amanah.

Bagaimanap­un, menurut Mohamed Hanipa, kerajaan sekarang tidak akan mengenepik­an kebajikan penerima bantuan AIM, khususnya kumpulan B40 dan wanita.

“Jangan risau, biarpun kita batalkan sijil AIM sekali pun, kita tidak akan mengabaika­n bantuan yang diberikan kepada orang miskin. Namun, pihak yang didapati melanggar peraturan perlu dikenakan tindakan undang-undang,” katanya

AIM ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarka­n di bawah Akta Amanah (Pemerbadan­an) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258).

Penubuhann­ya adalah rentetan daripada kejayaan Projek Ikhtiar, satu projek penyelidik­an oleh Pusat Penyelidik­an Dasar, Universiti Sains Malaysia (USM) dari 1986 hingga 1987 di Barat Laut Selangor.

Objektif kurangkan kemiskinan

Objektifny­a adalah mengurangk­an kemiskinan dalam kalangan isi rumah miskin dan berpendapa­tan rendah dengan menyediaka­n pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan yang boleh menambah pendapatan.

Ia juga menyediaka­n kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan menerusi produk Pembiayaan Modal, Simpanan Wajib serta Tabung Kebajikan dan Kesejahter­aan Sahabat.

AIM sepatutnya berperanan bantu isi rumah termiskin, namun ada pelanggara­n undang-undang oleh kerajaan sebelum ini” Mohamed Hanipa Maidin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia