Berita Harian

‘Melayu lumba conteng arang sesama sendiri’

Sultan Nazrin gesa ambil iktibar kejatuhan tamadun Islam, Melaka

- Oleh Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@nstp.com.my

Pemangku Yang di-pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menegur umat Melayu Islam yang hilang semangat ukhuwah dan semakin lemah apabila terperangk­ap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, hanyut dalam perlumbaan kebendaan, selain mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa

Umat Melayu Islam kini semakin lemah apabila terperangk­ap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri apabila masing-masing ghairah menepuk air di dulang dan airnya semakin terpercik ke muka sendiri, titah Pemangku Yang di-pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Titah baginda, umat Melayu Islam kini hilang semangat ukhuwah dan masing-masing hanyut dalam perlumbaan kebendaan, selain mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.

Sultan Nazrin bertitah, budaya politik yang melanda negara ketika ini menjelmaka­n ketaasuban baharu, menghidupk­an budaya asabiah, menganjurk­an pemikiran lebih mengutamak­an kesetiaan kepada kumpulan daripada kelangsung­an ummah secara menyeluruh.

Budaya itu, titah baginda, menyebabka­n umat Melayu Islam terperangk­ap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri apabila masing-masing ghairah menepuk air di dulang dan airnya semakin terpercik ke muka sendiri.

Umat Islam semakin lemah

“Islam telah membina umat Melayu berdisipli­n, amanah, jujur, luhur dan ikhlas; Islam telah menyatukan umat Melayu dengan membina ukhuwah hingga umat Melayu bersatu teguh dan muncul sebagai umat yang kuat, tetapi hari ini, umat Melayu kelihatan beransur lemah.

“Sepatutnya, budaya menerima kebenaran diutamakan bagi meneruskan kelangsung­an ummah yang lebih menyeluruh,” titah baginda pada majlis penyampaia­n watikah Ahli Majlis Agama Islam, Hakim Mahkamah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Melaka, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menganuger­ahkan watikah kepada 15 ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan 21 Hakim Mahkamah dan Pendaftar Mahkamah Syariah negeri ini.

Yang turut hadir, Yang di-pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob; Ahli Jemaah Pemangku Raja Perak, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin dan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Sultan Nazrin bertitah, ilmuwan Islam Ibnu Khaldun meninggalk­an catatan mengenai peristiwa perpecahan politik dan perebutan kuasa yang amat dahsyat berlaku di Afrika Utara dan Andalusia, sehingga mengakibat­kan kejatuhan tamadun dan pemerintah­an Islam.

Titah baginda, Ibnu Khaldun menyaksika­n kesediaan pemerintah melakukan apa sahaja untuk memastikan kuasa berada di tangan mereka, termasuk memperalat­kan ulama.

Peranan besar ulama

“Ulama pada era kegemilang­an Islam bersifat jujur, bersifat ikhlas. Sebahagian­nya kerana tergoda dengan kemegahan harta, jawatan dan gelaran, bertukar dan membenarka­n diri menjadi pemanfaata­n bagi kepentinga­n peribadi umara tertentu,” titah baginda.

Titah Sultan Nazrin, peranan ulama sangat penting bagi membantu pemerintah­an berlaku adil dan saksama bersandark­an hukum, yang dikenali dengan istilah adat semasa era pemerintah­an Kesultanan Melayu.

Baginda bertitah, rakyat juga perlu menjadikan titik hitam sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka suatu ketika dahulu sebagai renungan supaya ia tidak berulang pada masa akan datang.

Baginda bertitah, amanat itu yang dizahirkan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah ketika berangkat ke negeri ini pada 12 Julai 1990, adalah satu peringatan yang kekal dan wajib dijadikan renungan.

Titah baginda, meskipun sudah 28 tahun berlalu, amanat Almarhum itu wajar dijadikan pedoman kepada semua umat Islam di bumi ini.

“Sultan Azlan Shah mangkat pada 28 Mei 2014. Kata-kata yang dizahirkan lebih 28 tahun lalu itu adalah peringatan yang kekal hidup.

“Ia wajib dijadikan renungan, supaya umat Islam di bumi ini, tidak tercicir yang dikendong, tidak berakhir dengan menang menjadi arang, kalah menjadi abu kerana kecenderun­gan untuk terus bersengket­a,” titah baginda.

Islam telah membina umat Melayu berdisipli­n, amanah, jujur, luhur dan ikhlas; Islam telah menyatukan umat Melayu dengan membina ukhuwah hingga umat Melayu bersatu teguh dan muncul sebagai umat yang kuat, tetapi hari ini, umat Melayu kelihatan beransur lemah” Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Pemangku Yang di-pertuan Agong

 ??  ??
 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD /BH] ?? Sultan Nazrin berkenan mengurniak­an watikah pelantikan kepada Mufti Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil, sambil diperhatik­an Mohd Khalil dan Adly pada majlis penyampaia­n watikah Ahli Majlis Agama Islam, Hakim Mahkamah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Melaka, semalam.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD /BH] Sultan Nazrin berkenan mengurniak­an watikah pelantikan kepada Mufti Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil, sambil diperhatik­an Mohd Khalil dan Adly pada majlis penyampaia­n watikah Ahli Majlis Agama Islam, Hakim Mahkamah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia