Berita Harian

AGIHAN ‘DURIAN RUNTUH’ FELDA BERUNSUR POLITIK

Insentif dilaksana FELDA menjelang dua PRU jejas aliran tunai

- Oleh Wartawan BH bhnews@bh.com.my

Pengagihan insentif dan ‘durian runtuh’ kepada peneroka yang dilaksanak­an FELDA menjelang dua pilihan raya umum (PRU) terakhir, cenderung dibuat atas pertimbang­an politik.

Tindakan itu menjejaska­n aliran tunai FELDA yang kini dilapor menanggung hutang mencecah RM8 bilion, sekali gus menyebabka­n agensi itu kini dibelenggu masalah kewangan yang meruncing.

Sumber berkata, pemberian insentif dan ‘durian runtuh’ kepada peneroka jelas mencermink­an wujudnya campur tangan politik, apabila hanya dibuat pada tahun tertentu sahaja khususnya ketika menjelang PRU.

“Pemberian (insentif dan durian runtuh kepada peneroka) membabitka­n jumlah besar. Contohnya lebih RM2 bilion diagihkan sebagai durian runtuh pada 2012 dan 2013, iaitu ketika negara sedang menghampir­i PRU-13.

“Hal sama berlaku menjelang PRU-14 apabila kira-kira RM500 juta dibelanjak­an untuk pemberian durian runtuh.

“Kita percaya kedua-dua perbelanja­an besar dikeluarka­n untuk manfaat peneroka itu, mempunyai kecenderun­gan politik oleh parti tertentu,” katanya kepada BH.

Ditanya mengenai motif campur tangan terbabit, sumber sama berkata, mengambil kira tempoh masa perbelanja­an dibuat, ia mungkin semata-mata untuk meraih sokongan politik menjelang pilihan raya.

“Campur tangan politik ke atas FELDA akan menyebabka­n agensi terbabit ‘terpaksa’ memenuhi tuntutan arahan, biarpun mengakui ia perbelanja­an dibuat bukan suatu yang bersifat mapan.

“Tunai yang sebaiknya boleh dibelanjak­an untuk kegunaan lebih efektif, terpaksa dibelanjak­an dengan pemberian durian runtuh.

Sumbangan hari raya

“Bukan sahaja durian runtuh, pemberian sumbangan hari raya juga menunjukka­n jumlah tinggi untuk tahun tertentu, termasuk tahun lalu,” katanya tanpa mendedahka­n sebarang angka.

Sebelum ini BH melaporkan tiga isu utama yang menyebabka­n FELDA menanggung hutang dan kerugian tinggi, dijangka dibangkitk­an melalui Kertas Putih FELDA meliputi kegagalan tadbir urus se- rius oleh pengurusan terdahulu, kemerosota­n mendadak kedudukan tunai serta isu membelengg­u peneroka.

Gagal urus keuntungan FGV

Yang turut dijangka disebut ialah kegagalan FELDA mengurus keuntungan hasil penyenarai­an Felda Global Ventures Holdings Bhd atau kini FGV Holdings Berhad (FGV) pada 2012, sehingga terpaksa menanggung hutang besar dengan institusi kewangan.

Justeru, sumber berkata, perbelanja­an tinggi berkaitan peneroka disebabkan campur tangan politik sehingga menjejaska­n aliran tunai FELDA, akan turut disebut melalui Kertas Putih FELDA nanti.

Mengenai kedudukan hutang FELDA, sumber itu menegaskan ahli lembaga yang baharu perlu memastikan keupayaan aliran tunai agensi itu, dengan melunaskan liabiliti jangka pendek kepada pemiutang atau melaksanak­an penstruktu­ran semula.

Campur tangan politik ke atas FELDA akan menyebabka­n agensi terbabit ‘terpaksa’ memenuhi tuntutan arahan, biarpun mengakui ia perbelanja­an dibuat bukan suatu yang bersifat mapan” Sumber

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia