Berita Harian

PM KE STADIUM BUKIT JALIL, SELASA INI

PM minta Harimau Malaya kerja keras raih kejuaraan

-

“Jangan kecewakan saya dan negara kita,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bakal menyaksika­n perlawanan akhir Piala Konfederas­i Bolasepak ASEAN (AFF) 2018 antara pasukan kebangsaan dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa ini.

Dalam pertemuan untuk menyuntik semangat skuad Harimau Malaya di Perdana Putra di sini, semalam, Perdana Menteri berkata, melalui kemenangan, kebolehan negara dapat dibanggaka­n.

“Kita nak cari kemenangan kerana kita nak berbangga dengan kebolehan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggun­gjawab mempertaha­nkan maruah dan kehormatan negara,” katanya yang berharap skuad Harimau Malaya akan lakukan yang terbaik untuk mendapat kemenangan.

Yang turut hadir dalam pertemuan itu adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin; ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dan kapten pasukan, Za quan Adha Abd Razak.

Hamidin turut menyampaik­an jersi nombor tujuh kepada Dr Mahathir.

Pasukan kebangsaan akan bertemu Vietnam pada perlawanan akhir Piala AFF 2018 yang akan menggunaka­n format timbal balik dengan skuad negara bakal melayan kunjungan Vietnam pada Selasa ini, sebelum aksi final kedua di Hanoi pada 15 Disember.

Pemain perlu berdisipli­n

Dr Mahathir dalam pertemuan itu turut berpesan agar pemain berdisipli­n khususnya menjaga masa rehat dan berlatih bersungguh­sungguh dan semangat untuk mendapat kemenangan.

“Saya harap anda bekerja keras dan banyakkan berlatih. Hidup, tidur dan fikir hanya bola dan menang untuk Malaysia,” katanya.

Dr Mahathir turut menyatakan hasratnya melihat pasukan Malaysia layak dalam Piala Dunia nanti.

“Bola sepak adalah satu sukan yang dahulunya Malaysia kuat dan kerap menang. Sekarang, kita ketinggala­n,” katanya.

Beliau berkata, negara Jepun sudah mencapai kejayaan cukup pantas dan amat baik sedangkan dahulu mereka berada di belakang Malaysia dalam sukan bola sepak.

“Disebabkan mereka berlatih bersungguh­sungguh, Jepun telah maju dalam bola sepak sehingga dapat beraksi dalam Piala Dunia. Jadi, saya nak lihat pasukan Malaysia akan beraksi dalam Piala Dunia satu hari nanti,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Hamidin menyampaik­an jersi Harimau Malaya kepada Dr Mahathir di Putrajaya, semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Hamidin menyampaik­an jersi Harimau Malaya kepada Dr Mahathir di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia