Berita Harian

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA SEDIA DISIASAT

Agensi beri kerjasama penuh kerajaan laksana undang-undang

- Oleh Syanty Octavia Amry soctavia@nstp.com.my

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sedia disiasat jika terdapat unsur meragukan dalam penubuhan anak syarikatny­a.

Pengerusi AIM, Datuk Junaidah Kiting, menegaskan pengurusan baharu AIM tidak akan bertolak-ansur dengan manamana pihak jika wujud amalan ketirisan, penyelewen­gan atau penyalahgu­naan dana AIM ketika pentadbira­n lalu.

“AIM memandang serius terhadap kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, mengenai tindakan kerajaan untuk memulakan prosedur pembatalan Sijil Pemerbadan­an AIM kerana tidak memenuhi syarat Suratcara Ikatan Amanah, terutama dalam penubuhan anak syarikat.

“Sebagai sebuah badan amanah persendiri­an yang ditubuhkan sejak September 1987, pengurusan AIM sentiasa mengambil perhatian terhadap apa juga isu yang membabitka­n soal integriti dalam setiap aspek tadbir urus badan ini.

“AIM sentiasa terbuka serta memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan untuk melaksanak­an proses undang-undang jika terdapat unsur meragukan dalam penubuhan anak syarikat, yang tidak mengikut syarat Surat Ikatan Amanah 26 April 2012 di bawah Klausa 3(C),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Berusaha siap laporan

Junaidah berkata, AIM sedang berusaha menyiapkan laporan lengkap dan akan menyerahka­n kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dalam tempoh terdekat ini bagi membolehka­n tindakan undangunda­ng diambil ke atas pihak yang terbabit.

Beliau berkata, laporan sama akan dikemukaka­n kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi memastikan hala tuju AIM tidak tersasar daripada matlamat asalnya untuk membasmi kemiskinan menerusi kemudahan pembiayaan keusahawan­an.

Tingkat sosioekono­mi rakyat miskin

“Di bawah pengurusan baharu ketika ini, AIM sedang giat melaksanak­an agenda utama membantu meningkatk­an sosioekono­mi rakyat miskin dan berpendapa­tan rendah menerusi program pembiayaan aktiviti bagi meningkatk­an pendapatan, keusahawan­an, bimbingan dan latihan di seluruh negara,” katanya.

Selain itu, Junaidah menjelaska­n, kenyataan Timbalan Menteri berkaitan isu AIM, hanya membabitka­n penubuhan anak syarikat AIM dan bukan penutupan operasi AIM secara keseluruha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia