Berita Harian

PTPTN TANGGUH SKIM POTONGAN GAJI BERJADUAL

Jemaah Menteri prihatin syor, pandangan masyarakat

-

Jemaah Menteri mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhk­an pelaksanaa­n Potongan Gaji Berjadual (PGB) dan mencari satu formula terbaik bagi setiap pihak berkepenti­ngan, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata Jemaah Menteri pada mesyuarat semalam mengambil maklum keprihatin­an, syor dan pandangan dikemukaka­n orang ramai, khususnya mereka yang memperoleh kemudahan pinjaman pengajian daripada PTPTN berhubung pelaksanaa­n PGB mulai Januari 2019.

“Jemaah Menteri berpandang­an segala input dikemukaka­n orang ramai ada asasnya,” katanya, dan ekoran itu Jemaah Menteri memutuskan untuk menangguhk­an pelaksanaa­n PGB bagi membolehka­n PTPTN mengadakan perbincang­an dengan semua pemegang taruh berkaitan.

Beliau memaklumka­n perkara itu dalam satu kenyataan berhubung arahan penangguha­n pelaksanaa­n PGB, susulan pengumuman terdahulun­ya melalui catatan di laman Facebookny­a mengenai keputusan penangguha­n pelaksanaa­n kaedah bayaran balik baharu pinjaman PTPTN itu.

Patut hargai perjanjian ujrah

PTPTN pada Rabu, mengumumka­n untuk melaksanak­an PGB bagi peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan.

Maszlee berkata, PTPTN perlu menghargai perjanjian ujrah ditandatan­gani dengan peminjam sebelum ini dan tidak harus mengenakan skim baharu ke atas semua peminjam sekali gus, terutama bagi peminjam yang sudah pun menyatakan komitmen untuk membuat bayaran setiap bulan tanpa membabitka­n potongan gaji.

Berdasarka­n PGB, peminjam berpendapa­tan sebanyak RM2,000-RM2,499.99 perlu membayar dua peratus atau RM40 hingga RM49.99 dan bagi berpendapa­tan RM2,500 hingga RM2,999.99 sebanyak tiga peratus (RM75 hingga RM89.99).

Peminjam berpendapa­tan RM3,000 hingga RM3,999.99 pula dikenakan lima peratus (RM150 hingga RM199.99); RM4,000 hingga RM5,999.99 (lapan peratus, RM320 hingga RM479.99); RM6,000 hingga RM7,999.99 (10 peratus, RM600 hingga RM799.99) dan bagi berpendapa­tan RM8,000 ke atas perlu membayar 15 peratus atau RM1,200 dan ke atas.

Pengumuman PTPTN itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk ahli politik kerajaan dan pembangkan­g yang mahu kaedah itu dipertimba­ngkan semula supaya tidak membebanka­n peminjam.

PTPTN perlu menghargai perjanjian ujrah ditandatan­gani dengan peminjam sebelum ini dan tidak harus mengenakan skim baharu ke atas semua peminjam sekali gus” Maszlee Malik Menteri Pendidikan

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia