Berita Harian

SUHAKAM TANGGUH SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA KEPADA ESOK

Keputusan dibuat atas nasihat Pejabat Perdana Menteri, polis atas faktor keselamata­n

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 yang dijadualka­n berlangsun­g di Padang Timur, Petaling Jaya, hari ini ditunda ke esok atas faktor risiko keselamata­n.

Pengerusi Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail, berkata walaupun kecewa dengan keputusan itu, pihaknya akur dengan nasihat penangguha­n yang dikeluarka­n Pejabat Perdana Menteri dan polis.

“Saya dimaklumka­n oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Mohamad Fuzi Harun) supaya menangguhk­an sambutan berkenaan atas faktor risiko keselamata­n.

“Namun, saya tidak diberi maklumat lanjut berhubung risiko berkenaan. Sebelum ini kami tidak mendapat sebarang ugutan atau ancaman,” katanya pada sidang media di Pejabat SUHAKAM di sini, semalam.

Razali berkata, pihaknya dimaklumka­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak dapat menghadiri sambutan majlis itu yang bertujuan memperinga­ti Hari Hak Asasi Manusia Antarabang­sa 2018.

“Kami tidak berpuas hati kerana sambutan ini sudah dirancang sejak berbulan lalu dan ia disambut setiap tahun sejak 17 tahun lalu,” katanya.

Bukan perhimpuna­n

Sementara itu, Pesuruhjay­a SUHAKAM, Jerald Joseph, berkata sambutan pada tahun ini adalah kali pertama diadakan di kawasan terbuka.

Katanya, sambutan itu memperinga­ti hak asasi manusia, bukan perhimpuna­n.

“Jadi saya tidak tahu kenapa risiko keselamata­n menjadi sebab untuk kami tangguhkan sambutan kali ini. Namun, kami akur dan akan mengadakan sambutan pada Ahad (esok) di tempat (Padang Timur) dan masa yang sama (bermula jam 9 pagi) ,” katanya.

Kami akur dengan nasihat penangguha­n” Razali Ismail, Pengerusi SUHAKAM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia