Berita Harian

Serius hapus rasuah jika mahu ‘mengaum’ lagi

Capai status negara maju dengan kerja keras, bukan menyelewen­g: Tun M

- Oleh Azura Abas, Zanariah Abd Mutalib dan Hashini Kavishtri Kannan cnews@nstp.com.my

Malaysia perlu serius berusaha membantera­s rasuah jika mahu menyertai kelompok negara maju dan menjadi ‘harimau Asia’ sekali lagi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata negara maju tidak berada di mana mereka berada sekarang dengan mengambil jalan mudah untuk berjaya.

“Bagi mendapatka­n status negara maju, kita perlu bekerja keras, berdisipli­n, tegas dalam berurusan dan tidak mengambil jalan mudah untuk menjadi kaya iaitu terbabit dalam penyelewen­gan.

“Saya rasa sudah sampai masanya untuk Malaysia menyertai negara yang berkemampu­an dan memberitah­u dunia yang kita adalah negara yang kuat, menghormat­i demokrasi dan peraturan perundanga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucaptama pada majlis Anugerah Kecemerlan­gan Anti Rasuah Antarabang­sa Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani di sini, semalam. Majlis dihadiri Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani.

Perdana Menteri berkata, adalah menjadi tanggungja­wab kerajaan untuk memastikan usaha menambah baik tadbir urus dan memperkena­lkan inisiatif antirasuah bagi menghentik­an amalan itu serta penyalahgu­naan kuasa selepas mengambil alih pentadbira­n negara pada 9 Mei lalu.

“Kita tidak bangga apabila pada satu masa, Malaysia dilabelkan sebagai kleptokras­i. Hari ini kita menghentik­an semuanya, bukan hanya membuang label itu tetapi juga mengingatk­an semua di Malaysia yang rasuah adalah sesuatu yang tidak boleh ditolerans­i. Ia perlu dilayan dengan jijik dan marah.

“Dengan hanya mengurangk­an amalan rasuah, kerajaan dan negara boleh bergerak ke depan. Malaysia dan rakyatnya boleh menganggap mereka maju apabila mereka boleh rasuah dan menghentik­annya,” katanya.

Cemerlang banteras rasuah

Mengenai anugerah berkenaan, Perdana Menteri berkata, penerimany­a melakukan kerja yang cemerlang dalam bidang masing-masing untuk membantera­s rasuah di negara masing-masing dan antarabang­sa, serta berharap rakyat Malaysia mendapat inspirasi daripada mereka.

Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri turut mengumumka­n sumbangan Malaysia RM500,000 bagi menyokong penubuhan “Dana Juara Persatuan Antarabang­sa Pihak Berkuasa Anti Rasuah (IAACA)” yang bertujuan memberi bantuan kepada ahli IAACA yang berdepan cabaran dalam memerangi rasuah.

Anugerah Kecemerlan­gan Anti Rasuah Antarabang­sa Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani dianjurkan bagi mempromosi kepentinga­n menangani rasuah di seluruh dunia. Sebanyak lapan pemenang dipilih bagi empat kategori yang ditetapkan iaitu Penyelidik­an Akademik dan Pendidikan, Kreativiti Belia dan Pembabitan, Inovasi dan Pencapaian Sepanjang Hayat/cemerlang.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] ?? Dr Mahathir dan Emir Qatar bersama penerima Anugerah Kecemerlan­gan Anti Rasuah Antarabang­sa Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] Dr Mahathir dan Emir Qatar bersama penerima Anugerah Kecemerlan­gan Anti Rasuah Antarabang­sa Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani di Putrajaya, semalam.
 ??  ?? Arca berbentuk tangan dirasmikan oleh Dr Mahathir dan Emir Qatar di Dataran Putra, Masjid Putra, Putrajaya, semalam.
Arca berbentuk tangan dirasmikan oleh Dr Mahathir dan Emir Qatar di Dataran Putra, Masjid Putra, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia