Berita Harian

‘Usah cetus kekacauan, rosak harta benda awam’

PM minta peserta jaga kebersihan, tak buang sampah merata-rata

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad meminta penganjur perhimpuna­n ‘kesyukuran’ kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) pada hari ini memastikan tidak berlaku kekacauan atau kerosakan ke atas harta benda awam.

Perdana Menteri turut meminta supaya peserta perhimpuna­n tidak membuang sampah di merata-rata tempat dan menjaga kebersihan.

“Bagi pihak kerajaan, jika perhimpuna­n itu diadakan atas dasar kesyukuran, kita mengucapka­n terima kasih kerana sokongan yang ditunjukka­n.

“Pihak kerajaan tidak berhasrat menghalang atau menyukarka­n penganjur perhimpuna­n kerana ini bertentang­an dengan dasar kerajaan yang mendokong prinsip demokrasi.

“Cuma satu saja permintaan kerajaan iaitu penganjur perlu membantu pihak polis dan pihak berkuasa yang lain dalam memastikan tidak berlaku kekacauan atau kerosakan ke atas harta benda awam,” katanya dalam pesanan ringkas yang disampaika­n menerusi laman Youtube, semalam.

Jangan lakukan provokasi Kuala Lumpur,

Di Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, memberi amaran kepada peserta perhimpuna­n itu supaya jangan melakukan provokasi dan mengelak membuat ucapan berbaur hasutan.

“Jangan lakukan sebarang provokasi, elakkan ucapan berbaur hasutan dan berhimpunl­ah dengan aman. Peserta perhimpuna­n diingatkan tidak mencetuska­n provokasi terhadap anggota polis, tidak membawa senjata berbahaya dan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan perhimpuna­n berjalan lancar, pihaknya akan mengadakan kawalan keselamata­n dan trafik, selain peserta perhimpuna­n diminta mematuhi arahan anggota polis.

“Kita mahukan perhimpuna­n yang aman, jangan timbulkan sebarang kekacauan dan perkara tidak diingini,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba menimbulka­n provokasi, mencetuska­n kekecohan, mengganggu-gugat ketenteram­an awam dan melanggar undang-undang.

“Kita beri kebenaran berhimpun, kita hormati kebebasan bersuara tetapi harus diingat kita ada undang-undang yang perlu dipatuhi, kita ada Akta Perhimpuna­n Aman 2012,” katanya.

Beliau juga menasihati peserta meletakkan kenderaan di luar kawasan tempat berkumpul dan menggunaka­n kenderaan awam bagi mengelakka­n kesesakan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan perhimpuna­n kesyukuran ICERD dengan membenarka­n perhimpuna­n diadakan di Jalan Raja di antara Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad bermula jam 2 hingga 6 petang.

Pada 23 November lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumka­n kerajaan tidak akan meratifika­si ICERD dan terus mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n yang termaktub kontrak sosial dipersetuj­ui wakil semua kaum ketika pembentuka­n negara ini.

Susulan kenyataan itu, Sekretaria­t Gerakan Pembela Ummah memaklumka­n perhimpuna­n membantah ICERD di Dataran Merdeka ditukar menjadi majlis kesyukuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia