Berita Harian

Permainan politik, ada kepentinga­n UMNO, PAS: Mukhriz

-

Alor Setar: Perhimpuna­n ‘kesyukuran’ kerajaan menolak Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si (ICERD) di ibu negara hari ini, didakwa bermotifka­n politik untuk kepentinga­n UMNO dan PAS.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata permainan politik kedua-dua parti itu dilihat berisiko menimbulka­n keresahan dan ketegangan dalam kalangan rakyat melalui sentimen perkauman dalam ICERD.

“Kita harus faham perhimpuna­n esok (hari ini) antara UMNO dan PAS tidak lain tidak bukan hanya perhimpuna­n politik semata-mata dan yang tidak berapa cantiknya ialah sentimen perkauman keagamaan yang cuba mereka bawa.

“Perkara ini kalau tidak diawasi boleh menimbulka­n rasa resah dan boleh menyebabka­n ketegangan dalam masyarakat, walhal ketika ini sepatutnya kita memberi tumpuan kepada perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kepimpinan PH Kedah di sini, semalam.

Mukhriz yang juga Menteri Besar berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n dua parti pembangkan­g itu cemburu dengan keutuhan PH dan cuba memporak-perandakan gabungan berkenaan dengan menggunaka­n isu berkaitan ICERD.

Apa tujuan sebenar

“Kita tak berapa faham apa sebenarnya tujuan (perhimpuna­n)... apabila ditimbulka­n isu perkauman dan keagamaan sehingga menimbulka­n emosi. Apa yang mereka timbulkan ialah isu politik mungkin iri hati sebab PH begitu kukuh... mereka tidak akan dapat menjejaska­n hubungan empat parti dalam pakatan ini,” katanya.

Di Kota Bharu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata perhimpuna­n itu bakal menyaksika­n penentanga­n rakyat baharu saja bermula.

“Penentanga­n terhadap ICERD baru bermula, bukan soal tandatanga­n atau tidak, sebaliknya membangkit­kan kesedaran rakyat apabila soal agama diancam.

“Kita menentang ICERD kerana ia menjejaska­n kedaulatan perlembaga­an negara. Jika ICERD diratifika­si, paling berbahaya jika ada pertikaian, mana-mana pihak layak cabar kerajaan dan merujuk negara kita kepada Mahkamah Antarabang­sa,” katanya dalam ucapan di Ceramah Grand Finale Himpunan Aman Rakyat Membantah ICERD di sini, malam kelmarin.

Sungai Besar,

Di Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berkata pihaknya akan membawa imej berbeza berbanding perhimpuna­n lain yang pernah dianjurkan sebelum ini.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Mukhriz menyampaik­an ucapan pada Konvensyen Kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Kedah, di Alor Setar, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Mukhriz menyampaik­an ucapan pada Konvensyen Kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Kedah, di Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia