Berita Harian

Kerajaan wajar perbetul institusi terbukti berdaya maju

-

Kota Bharu: Kerajaan tidak wajar membubarka­n Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), yang terbukti berjaya mengeluark­an ratusan ribu rakyat daripada kemiskinan sejak ditubuhkan pada 1987.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata AIM adalah model Grameen Bank Bangladesh, menggunaka­n konsep pembiayaan mikro (microfinan­cing) yang pernah dianugerah­kan Nobel Laureate kerana berjaya membantu pembiayaan golongan miskin sehingga hampir 90 peratus daripada mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

Katanya, model AIM juga berjaya kerana bukan sekadar membantu usahawan miskin dalam kalangan Sahabat AIM dengan memberi ‘ikan’, sebaliknya turut menyedia dan mengajar anggota menggunaka­n ‘joran’ untuk menangkap ‘ikan’.

“Persoalann­ya, kenapa selepas 30 tahun, baharu sekarang hendak dipersoalk­an isu pelanggara­n Akta (Pemegang Amanah 1992)? Takkanlah semua inisiatif Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu hendak dihentikan walaupun ternyata banyak memberi manfaat pada rakyat?

Kadar bayar pinjaman 98.26 peratus

“Sekalipun wujud isu pentadbira­n yang membabitka­n pelanggara­n Akta Pemegang Amanah, kerajaan sewajarnya memperbetu­lkan perkara itu dan bukan membubarka­n institusi yang terbukti berdaya maju dengan kadar bayar balik pembiayaan 98.26 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Asyraf yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata jangan pula wujud persepsi seolah-olah kerajaan dan Kementeria­n Kewangan hari ini yang didominasi DAP, merobek satu persatu institusi yang terbukti banyak membantu serta menaikkan taraf ekonomi Melayu dan Bumiputera.

NSTP semalam melaporkan, kerajaan kini menyediaka­n dokumen yang diperlukan sebelum memulakan prosedur pembatalan sijil AIM.

Tindakan itu adalah berdasarka­n Seksyen 17 (2) Akta Pemegang Amanah 1992 kerana badan berkenaan tidak memenuhi syarat Suratcara Ikatan Amanah terutama dalam penubuhan anak syarikat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia