Berita Harian

Saarani sahkan lima ADUN UMNO beri keterangan

Semua dikait dakwaan buat akuan bersumpah

- Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mengesahka­n lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, kelmarin.

Kesemuanya adalah mereka yang dikaitkan dengan dakwaan membuat akuan bersumpah (SD) menyingkir­kan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Lima ADUN UMNO itu ialah ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, Datuk Sham Mat Sahat (Alor Pongsu), Khairul Shahril Mohamed (Bota), Maslin Sham Razman (Bukit Chandan) dan Dr Jurij Jalaluddin (Lubuk Merbau).

Dua individu pertama

Saarani turut mengesahka­n dua individu pertama yang dimaklumka­n menerusi pesanan Whatsapp mengenai gerakan itu ialah Ahmad Faizal sendiri dan Penasihat Menteri Besar, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

“Kalau Menteri Besar berasakan apa yang saya ceritakan ini sebagai bohong, itu terpulang kepada dia.

“Sebaik saja dapat laporan pertama daripada Shahrul dan Maslin, (apabila) saya sampai di tanah air dari Makkah, saya terus menghantar Whatsapp kepada Menteri Besar dan Datuk Zainol Fadzi.

“Saya tulis di situ (pada Whatsapp), ‘apa hal Tebing Tinggi dok merayau pi cari orang UMNO ni, u all sudah jadi kerajaan pasai apa perlu mencari orang Umno lagi’.

“Saya nasihatkan Menteri Besar dan Datuk Zainol berhatihat­i, jika apa-apa berlaku pada Pakatan Harapan (PH), jangan salahkan Barisan Nasional, kita tak buat apa pun,” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Perak di sini, semalam.

Kelmarin, Saarani juga dipanggil SPRM untuk memberikan keterangan berhubung siasatan terhadap dakwaan wujud gerakan untuk menjatuhka­n Ahmad Faizal.

Terdahulu, EXCO kerajaan negeri yang juga ADUN Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari, mengesahka­n memberi keterangan di pejabat SPRM negeri berhubung isu itu.

Saarani berkata, Abdul Aziz mengadakan perjumpaan dengan lima ADUN itu bermula Shahrul Zaman pada 2 November, Maslin (14 November), dan Khairul Shahril (21 November), semuanya di sekitar Ipoh.

Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak bertemu Dr Jurij di Padang Rengas pada 23 November dan sekali lagi Shahrul Zaman di Kuala Lumpur (22 November), sebelum menemui Sham di Taiping pada1 Disember.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Saarani pada sidang media di Bangunan UMNO Perak, di Ipoh, semalam.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Saarani pada sidang media di Bangunan UMNO Perak, di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia