Berita Harian

Selesai isu ruang udara, maritim secara harmoni

-

Ruang udara itu diamanahka­n kepada pengurusan Singapura menurut perjanjian dengan negara serantau termasuk Malaysia pada 1973, dan ia diluluskan badan antarabang­sa, Pertubuhan Penerbanga­n Sivil Antarabang­sa (ICAO).

Kita percaya isu ini dapat diselesaik­an tanpa tidak menggugat hubungan diplomatik yang terjalin sejak sekian lama.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Hazmi Mohd Rusli yang menjadi satu-satunya pensyarah universiti Asia yang dijemput ke persidanga­n pertama Agensi Penguatkua­saan Maritim Amerika Syarikat yakin isu itu akan diselesaik­an secara bestari dan harmoni.

Ada kaitan sejarah, kongsi maritim

Singapura yang asalnya sebahagian daripada Malaysia sebelum keluar pada 1965 sudah tentu mempunyai perkaitan sejarah dan pernah berkongsi maritim dengan negara kita.

Jika benar agensi republik itu menceroboh perairan negara kita dan menghalang agensi penguatkua­sa negara kita menjalanka­n penguatkua­saan di perairan sendiri, itu satu kesalahan dan sepatutnya tidak berlaku dan sudah tentu Kerajaan Malaysia tidak akan berkomprom­i dan akan mempertaha­nkan kedaulatan­nya.

“Ada perjanjian yang dimeterai oleh keduadua negara berhubung sempadan maritim dan Singapura tidak sepatutnya ‘mencabul’ kedaulatan perairan negara kita,” katanya.

Sebenarnya, ada hikmah di sebalik isu berkenaan untuk menguji hubungan akrab di antara kedua-dua negara, selain membuka ruang kepada negara kita menyelesai­kan sempadan maritim dan darat dengan negara jiran berkenaan, selain negara sejiran lain.

Dr Hazmi menjelaska­n banyak sempadan maritim antara negara kita dengan Indonesia dan Filipina belum diselesaik­an sehingga kadangkala berlaku ‘ketegangan’ di antara negara kita dengan negara terbabit.

Ini bermakna, mulai sekarang negara kita perlu bertindak lebih ke hadapan untuk menyelesai­kan isu sempadan maritim bagi memastikan isu itu dapat diselesaik­an segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia