Berita Harian

Tegas bertindak elak sempadan negara diceroboh

-

memasuki perairan negara jiran dan ditahan pihak berkuasa negara terbabit.

Muktamad sempadan maritim

Sebelum ini pun ramai nelayan kita yang ditahan pihak berkuasa negara jiran kerana didakwa menangkap ikan dalam perairan mereka. Isu ini akan berterusan selagi sempadan maritim belum dimuktamad­kan.

Kita juga bimbang pelancong asing memasuki perairan negara jiran dan ini pasti menimbulka­n konflik kerana membabitka­n keselamata­n warga negara lain yang masuk menerusi negara kita.

Negara kita khususnya masyarakat Melayu sebenarnya sudah lama menerokai samudera dan ada kepakaran mengesan sempadan samudera dengan negara lain.

Kesultanan Melaka memiliki Undang-undang Laut Melaka yang digubal sendiri oleh Sultan Mansur Shah pada kurun ke-15 Masihi, namun kepintaran masyarakat Melayu dalam bidang ini hilang sedikit demi sedikit akibat penjajahan dan sekarang didominasi hampir sepenuhnya oleh sarjana Barat.

Berdasarka­n bukti sejarah, masyarakat Melayu juga pelayar hebat pada zaman silam dan direkodkan masyarakat Melayu Nusantara berjaya belayar ke Madagascar ketika keagungan kerajaan Srivijaya pada kurun ke-9 Masihi.

Harap kerajaan tegas

Penganalis­is jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, pula berharap Kerajaan Malaysia bertegas dalam isu membabitka­n sempadan maritim dan ruang udara.

Beliau menegaskan negara kita tidak sepatutnya terlalu berlembut sehingga negara lain sewenang-wenangnya menceroboh perairan dan ruang udara kita.

Ketegasan negara kita tidak akan menimbulka­n konflik hubungan diplomatik kerana apa yang diperjuang­kan ialah mempertaha­nkan kedaulatan, bukannya menceroboh.

“Isu ini sudah lama berlarutan dan sepatutnya diselesaik­an segera dengan menetapkan sempadan maritim dan ruang udara yang dipersetuj­ui negara kita dengan negara terbabit,” katanya.

Justeru, isu membabitka­n sempadan maritim dan ruang udara yang menjadi pertikaian antara Malaysia dengan Singapura, juga negara kita dengan negara jiran lain perlu diselesaik­an secara adil dan saksama tanpa menggugat hubungan diplomatik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia