Berita Harian

Kerajaan, 4 pihak mohon batal saman remaja

Mahkamah tetapkan 3 Januari bagi pengurusan kes hingga cacat kekal

-

Kerajaan dan empat yang lain memohon untuk membatalka­n saman dikemukaka­n remaja berusia 18 tahun, berhubung dakwaan berlaku kecuaian semasa proses berkhatan sehingga mengalami kecacatan kekal.

Kelima-lima defendan itu ialah pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang; pengarah hospital itu; doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor; serta kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua sehingga keenam.

Pembantu perubatan Hospital Kuala Lipis, selaku defendan pertama, sebelum ini pernah memfailkan permohonan untuk membatalka­n saman itu, tetapi menarik balik permohonan berkenaan.

Peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar yang mewakili remaja itu berkata, kelima-lima defendan memfailkan permohonan itu pada 16 November lalu atas alasan anak guamnya tidak mempunyai kuasa tindakan memfailkan tuntutan saman, selain mendakwa tuntutan berkenaan remeh, mengaibkan dan menyusahka­n.

“Mahkamah menetapkan 3 Januari tahun depan untuk pengurusan kes selanjutny­a,” katanya.

Beliau memberitah­u media selepas hadir pada pengurusan kes berkenaan di dalam kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Rumaizah Baharom, semalam.

Tidak terbabit proses berkhatan

Pada permohonan itu, kelimalima defendan juga mendakwa mereka tidak mempunyai pengetahua­n dan tidak terbabit dalam proses berkhatan yang dilakukan defendan pertama (pembantu perubatan).

Mereka juga mendakwa tidak pernah menyebabka­n kecederaan atau kecacatan terhadap remaja berkenaan, selain mendakwa proses berkhatan dilakukan di premis persendiri­an dan di luar tugas rasmi defendan pertama.

Remaja itu yang memfailkan saman melalui ibunya selaku plaintif pada 19 Julai lalu, mendakwa pada 13 Disember 2010, jam 10 pagi, defendan pertama (pembantu perubatan) bersama seorang pembantuny­a menjalanka­n prosedur berkhatan.

Proses itu dakwanya dilakukan dengan kebenaran dan pengetahua­n defendan kedua (pegawai perubatan) dan ketiga (pengarah hospital) ke atas dua kanak-kanak lelaki, termasuk anaknya, yang ketika itu berusia 10 tahun, di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis, Pahang.

Plaintif mendakwa, defendan pertama tidak mengikut prosedur ditetapkan, selain mendakwa defendan pertama membuat penyambung­an semula dengan menjahitny­a tanpa mengikut prosedur betul.

Dakwa plaintif, ketika anaknya berada di Hospital Kuala Lipis, defendan kedua tidak memberikan rawatan dengan segera dan tidak memaklumka­n kepada plaintif serta anggota keluarga.

Plaintif mendakwa anaknya kemudian menjalani pembedahan di Hospital Selayang dan defendan keempat memberi jaminan akan pulih apabila anaknya mencapai usia akhir baligh, namun ia tidak berlaku dan anaknya mengalami kecacatan kekal.

Akibat kecacatan kekal itu, remaja berkenaan berubah sikap menjadi seorang yang amat pendiam dan tidak suka berkawan.

Plaintif juga terpaksa menanggung perbelanja­an dan kos yang tinggi di Hospital Selayang, termasuk perbelanja­an perjalanan dan rundingan dengan peguam yang berjumlah lebih RM100,000.

Berikutan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, faedah dan KOS.BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia