Berita Harian

Suara Komuniti BH anjur program berkhatan

-

Kuala Lumpur: Suara Komuniti BH dengan kerjasama Badan Khairat NSTP, KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital dan Briged Sukarelawa­n MPB-NSTP menganjurk­an program Jom Berkhatan buat kali pertama di Balai Berita, Bangsar esok.

Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an, berkata program itu adalah satu tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang menjadi platform kepada BH mendekati masyarakat.

“Program ini juga akan mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara kakitangan New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan Media Prima dengan penduduk serta masyarakat setempat.

“Objektif utama program ini untuk membantu keluarga yang kurang berkemampu­an menjalanka­n amalan wajib bagi kanak-kanak Muslim yang memasuki awal remaja,” katanya.

Kriteria kanak-kanak

Berdasarka­n kriteria ditetapkan NSTP, kumpulan sasaran program ini adalah kanak-kanak daripada keluarga yang tergolong dalam kumpulan B40 dari kawasan perumahan rakyat di sekitar Balai Berita Bangsar.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Jom Berkhatan, Wan Abdillah Wan Nawi yang juga Ketua Komunikasi Korporat NSTP, berkata program ini membabitka­n Pengarang Eksekutif BH 34 peserta komuniti setempat dan 15 anak kakitangan Media Prima dan NSTP.

Diarak pacuan empat roda

“Peserta dipilih oleh jawatankua­sa penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) berdekatan seperti PPR Sri Pantai, Taman Bukit Angkasa, Apartment Putra Ria, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) Brickfield­s dan PPR Seri Cempaka.

“Peserta akan diarak dengan kenderaan pacuan empat roda sebagai gimik pelancaran sebelum proses berkhatan bermula,” katanya.

Seramai 15 sukarelawa­n bekerjasam­a dalam membuat persiapan program Jom Berkhatan ini.

 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad lalu.
Keratan akhbar BH Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia