Berita Harian

Beli baju bapa dapat hadiah kereta

Pensyarah menang cabutan bertuah anjuran Kumpulan The Store

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin

Niat murni seorang pensyarah membeli dua helai baju untuk hadiah bapanya di kampung mendapat balasan berganda apabila dua penyertaan daripada pembelian itu membolehka­nnya memenangi hadiah sebuah kereta Honda City 1.5s.

Pensyarah Seni Halus Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Suzlee Ibrahim, 51, memenangi hadiah pertama cabutan bertuah program Ganjaran Meriah Kumpulan The Store, sempena sambutan ulang tahun ke-50 pasar raya itu.

Suzlee berkata, sudah menjadi kebiasaann­ya membeli sesuatu sebagai hadiah sebelum pulang ke kampung di Terengganu dan beberapa bulan lalu singgah di The Store Plaza Alam Sentral bagi membeli baju untuk bapanya.

Dihubungi Adibah Noor

“Saya memang tidak percaya dengan cabutan bertuah, tetapi apabila anak menyuruh mengisi borang penyertaan dan dimasukkan dalam kotak disediakan, saya menurut sahaja.

“Apabila menerima panggilan telefon daripada seseorang memperkena­l diri sebagai Adibah Noor menyatakan saya menang cabutan bertuah, pada mulanya saya tidak percaya sebab sekarang suara Adibah Noor pun orang boleh tiru, tapi selepas berhubung beberapa kali selepas itu, baru saya yakin,” katanya.

Suzlee ditemui pemberita selepas menerima replika kunci kereta berkenaan daripada Adibah yang menjadi Duta Kumpulan The Store pada majlis penyampaia­n hadiah peraduan itu di Taiping Mall di sini, semalam.

Yang hadir sama, Pengurus Besar Kanan Operasi Kumpulan The Store, Winky Pek; Penolong Pengurus Besar Wilayah Utara, Yap Choon Meng; Pengurus Cawangan Pacific Taiping Mall, Ooi Guat Kow dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Datuk Leela Mohd Ali.

Selain Suzlee, empat lagi pemenang ialah Nur Farahana Mazlan dari Pahang yang memenangi tempat kedua iaitu sebuah kereta Proton Persona 1.6CVT diikuti Chin Kim Yong (Perak) yang memperoleh Perodua Myvi 1.3AT; Anis Farhanah Md Zawawi (Kuala Lumpur) yang mendapat Proton Saga 1.3CVT dan Ooi See Ming (Pulau Pinang) yang memenangi Perodua Axia 1.0AT.

 ?? [FOTO L MANIMARAN /BH] ?? Suzlee bersama hadiah kereta dimenangin­ya selepas mendapat tempat pertama cabutan bertuah program Ganjaran Meriah Kumpulan The Store di Taiping Mall, Taiping, semalam.
[FOTO L MANIMARAN /BH] Suzlee bersama hadiah kereta dimenangin­ya selepas mendapat tempat pertama cabutan bertuah program Ganjaran Meriah Kumpulan The Store di Taiping Mall, Taiping, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia