Berita Harian

Kemampuan pemegang saham penentu nasib FGV

Langkah jadikan syarikat persendiri­an antara pilihan tindakan pemulihan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Rancangan mengeluark­an FGV Holdings Bhd daripada senaraian awam di Bursa Malaysia adalah bergantung kepada kemampuan kewangan pemegang saham utamanya.

Pemegang saham utama FGV ketika ini ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) sebanyak 21.24 peratus, diikuti Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) atau KWAP dan Lembaga Tabung Haji masing-masing sebanyak 7.83 peratus.

Sebahagian besar pelabur awal dalam syarikat perladanga­n sawit terkemuka dunia itu adalah pelabur global dengan Qatar Investment Authority, AIA Group Ltd, Fidelity Investment­s, Value Partners Group Ltd yang berpangkal­an di Hong Kong dan beberapa pengurus dana persaraan tempatan yang membeli hampir 20 peratus daripada IPO.

Bagaimanap­un, ramai pelabur telah mengurangk­an pendedahan mereka bagi mengurangk­an kerugian.

Ketika ini, permodalan pasaran syarikat perladanga­n sawit terkemuka dunia itu berjumlah kira-kira RM3 bilion.

Penganalis­is pasaran berkata, harga saham FGV kini sangat murah dan pihaknya menaikkan saranan ‘beli’ terhadap sekuriti itu.

“Berita negatif seperti tindakan undang-undang terhadap bekas pengarahny­a serta prestasi kewangan yang kurang memberangs­angkan pada suku ketiga menyumbang kepada kejatuhan harga saham syarikat perladanga­n sawit itu,” katanya.

Berada dalam landasan yang baik

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Bhd (MSWG), Devanesan Evanson, berkata langkah untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendiri­an adalah sebagai satu pilihan, tetapi ia bukan satu-satunya pilihan yang ada untuk memulihkan FGV dan meningkatk­an nilai pemegang sahamnya.

Beliau berpendapa­t FGV berada dalam landasan yang baik dengan barisan pengarah baharu dan mereka sedang mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, syarikat perladanga­n sawit terkemuka itu juga melaksanak­an pelbagai usaha untuk memantapka­n tadbir urus bagi membetulka­n kesilapan lalu.

“Sama ada untuk menjadikan syarikat persendiri­an adalah isu pemegang saham. Biarlah kita memberi masa kepada Lembaga Pengarah untuk membuat perkara yang betul. Lembaga Pengarah sudah mengambil tindakan untuk memulihkan FGV,” katanya.

Spekulasi mengeluark­an FGV daripada senaraian awam di Bursa Malaysia semakin hangat diperkatak­an susulan harga saham syarikat perladanga­n itu kini susut di bawah paras RM1 sesaham.

Langkah menjadikan FGV sebagai syarikat persendiri­an dikatakan antara adalah antara pilihan yang mungkin dilaksanak­an pemegang saham utamanya sebagai langkah memulihkan­nya.

Pada penutup dagangan semalam, harga saham FGV naik lima sen kepada 79 sen.

FGV memulakan dagangan di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012, yang menyaksika­n harga sahamnya melonjak setinggi RM5.46 atau peningkata­n 20 peratus berbanding dengan harga rujukan tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak RM4.55.

 ??  ?? Devanesan Evanson,
Ketua Pegawai Eksekutif MSWG
Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif MSWG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia