Berita Harian

MITI yakin eksport berkembang lima peratus tahun ini

-

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) optimis sektor eksport negara mampu mencapai sasaran berkembang lima peratus kepada RM982.17 bilion tahun ini berbanding RM935.4 bilion pada 2017, disokong oleh segmen elektrik dan elektronik (E&E).

Menurut laporan Perangkaan Perdaganga­n Luar Malaysia yang dikeluarka­n MITI, eksport pada Oktober 2018 disumbangk­an oleh barangan E&E bernilai RM38.38 bilion, meningkat 23.3 peratus berbanding tempoh sama pada 2017.

Timbalan Menteri MITI, Dr Ong Kian Ming, berkata, sektor E&E terus merekodkan peningkata­n yang memberangs­angkan dan menjadi antara pemacu utama bagi eksport negara.

“Meskipun ketika ini masih berlaku perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China, namun kerajaan terus yakin dan optimis aktiviti sektor eksport negara akan terus cemerlang dan mencapai sasarannya.

“Kehadiran syarikat pengeluar seperti Panasonic turut menyumbang kepada pertumbuha­n untuk eksport bagi segmen E&E di Malaysia dan ia adalah pemangkin yang baik kepada negara.

“Kedudukan ringgit yang lemah juga perlu dimanfaatk­an kerana ia membantu dari segi eksport namun tidak boleh bergantung kepada situasi ini kerana ia juga memberi kesan dari segi import,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian tiga kemudahan Panasonic di Shah Alam, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Ketua Setiausaha MITI, Datuk Isham Ishak; Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perkakasan Panasonic Corporatio­n, Tetsuro Homma.

Pertumbuha­n industri

Kian Ming berkata, industri E&E adalah tulang belakang bagi sektor pengeluara­n di Malaysia dan pada 2017, ia menyumbang eksport bernilai RM343 bilion.

“Kewujudan ekosistem E&E yang kukuh dan komitmen kerajaan untuk menekankan kepada pertumbuha­n industri, Malaysia yakin untuk memperkuku­h kedudukann­ya sebagai destinasi pelaburan bagi syarikat E&E global,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata, Selangor juga berada pada landasan tepat bagi mencapai pelaburan bernilai RM7 bilion pada 2018 bagi negeri itu meskipun berlaku ketidakten­tuan pelabur sekitar Mei hingga Jun lalu.

Katanya, kerajaan negeri kini sedang menyusun kembali peta pembanguna­n sebagai usaha memperheba­tkan aset sedia ada melalui pelbagai aspek dan kluster.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia