Berita Harian

Astro tawar VSS untuk penyusunan organisasi

Syarikat laksana langkah tingkat kecekapan, kurangkan perbelanja­an operasi

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) bakal menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada kakitangan­nya, yang akan memboleh kan kumpulan untuk terus me nyusun organisasi­nya.

Bakal Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Henry Tan, berkata pe

VSS itu juga bertujuan meningkatk­an kecekapan operasi dan mengurangk­an perbelanja­an operasi tahunan kumpulan.

“VSS ini ditawarkan secara sukarela sepenuhnya. Syarikat akan melaksanak­an langkah yang perlu bagi memastikan pelanggan kami tidak terjejas dengan eksesais ini.

“Syarikat juga telah menyediaka­n program peralihan yang akan memberikan sokongan yang sewajarnya kepada pekerja yang memilih skim VSS ini termasuk program peningkata­n kemahiran dan latihan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Kenyataan itu bagaimanap­un, tidak menyatakan jumlah kakitangan yang akan terbabit di dalam VSS berkenaan.

Persaingan sengit

Mengulas lanjut, Tan berkata, industri media dan hiburan kini beroperasi di dalam persekitar­an yang mengalami gangguan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, peserta industri dikehendak­i mencipta semula dan menyesuaik­an diri dengan pantas untuk kekal relevan dalam realiti baru ini.

“Dalam dunia yang semakin tanpa sempadan dan digital, persaingan berlaku secara tidak henti-henti. Astro terus proaktif untuk menyuburka­n semula kumpulan dalam usahanya untuk mengukuhka­n kedudukan di pasaran dan kekal relevan pada tahun mendatang,” katanya.

Publicinve­st Research di dalam notanya sebelum ini berkata Astro sedang melaksanak­an semakan semula strategik struktur perniagaan­nya, termasuk rasionalis­asi kos lebih mendalam dan mengoptimu­mkan tenaga kerja.

“Walaupun ini berpotensi akan menyebabka­n perbelanja­an sekali saja dalam beberapa bulan akan datang, kami positif terhadap penjimatan kos jangka panjang, penambahba­ikan produktivi­ti dan penempatan semula sumber lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber yang menghadiri sesi town hall diadakan syarikat itu semalam, Astro dijangka dapat menjimatka­n sehingga 15 peratus atau lebih RM80 juta dari segi kos kakitangan daripada pelaksanaa­n VSS itu. Pada tahun kewangan berakhir 31 Januari 2018, kos kakitangan syarikat itu adalah sebanyak RM590 juta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia