Berita Harian

Bursa Malaysia tambah baik rangka kerja ETF

-

Bursa Malaysia Bhd telah membuat beberapa penambahba­ikan kepada rangka kerja Dana Dagangan Bursa (ETF) di bawah keperluan penyenarai­an Pasaran Utama serta Peraturan dan Arahan Bursa Malaysia Securities Bhd untuk memacu pertumbuha­n industri ETF di Malaysia.

Inisiatif dan garis panduan yang disemak semula mengenai ETF dikeluarka­n oleh Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) pada 26 November 2018 adalah sebahagian daripada usaha oleh bursa dan SC untuk mengembang­kan potensi pasaran ETF Malaysia.

“Dengan garis panduan yang disemak semula, pelbagai ETF seperti ETF berasaskan niaga hadapan, ETF sintetik, ETF komoditi fizikal dan ETF beta pintar, kini dapat dikeluarka­n.

“Melalui pindaan ETF, Bursa telah meningkatk­an rangka kerja dagangan dan selepas penyenarai­an ETF dengan tujuan untuk menggalakk­an keberkesan­an perniagaan yang lebih baik dan mengurangk­an kos pematuhan oleh ETF, memudahkan pertumbuha­n industri ETF, meningkatk­an ketelusan dan perlindung­an pelabur, selain memudahkan pasaran melakukan aktiviti untuk semua ETF melalui rangka kerja Jualan Singkat Dibenarkan (PSS) yang dipertingk­atkan,“katanya dalam satu kenyataan.

Galak ketelusan

Dalam hal ini, pindaan ETF yang utama termasukla­h meliberali­sasikan kekerapan pelaporan interim dari asas suku tahunan kepada setengah tahun, meningkatk­an kandungan ETF interim dan laporan tahunan daripada jenis baharu produk ETF dan keperluan khusus mereka untuk menggalakk­an maklumat yang bermakna kepada pemegang unit.

Satu lagi pindaan ialah meningkatk­an keperluan pengumuman segera untuk menggalakk­an ketelusan yang lebih baik mengenai perkara utama yang tertentu seperti maklumat berkaitan indeks atau petunjuk pasaran yang dijejaki oleh ETF dan perkara penting atau perubahan yang memberi kesan kepada ETF, memperkena­lkan kriteria kelayakan untuk pelabur yang berdagang dalam ETF dan memperluas­kan rangka kerja PSS yang membolehka­n jualan pendek jenis ETF baharu.

Pada masa ini, di bawah rangka kerja PSS, jualan pendek hanya untuk ETF yang berasaskan ekuiti.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan berkata pengenalan produk ETF yang inovatif adalah pembanguna­n yang dialu-alukan bagi pasaran ETF, dan akan membawa kepada ekosistem ETF yang lebih menarik.

“Penambahba­ikan untuk rangka kerja ini melengkapi inisiatif pembanguna­n pasaran kami yang sedang dilaksanak­an untuk menyediaka­n ekosistem yang cekap dan berkesan untuk ETF dan produk yang pelbagai untuk pelabur.

“Kami berjaya mencapai lebih 15,700 pelabur melalui 165 bengkel dan seminar ETF terutama sejak dua tahun lalu,” katanya.

Pindaan ETF berkuat kuasa 2 Jan, 2019 dan seterusnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia