Berita Harian

HDC komited sokong aspirasi ekonomi berpendapa­tan tinggi

-

Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC) komited kepada aspirasi Malaysia untuk menjadi ekonomi bernilai tambah dan berpendapa­tan tinggi, serta mengukuhka­n hubungan dengan ekonomi serantau dan antarabang­sa yang akan terus menjadi asas kepada pertumbuha­n ekonomi Islam global.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Jamil Bidin, berkata ekonomi Islam kini semakin diterima pada peringkat global untuk menjadi sebahagian daripada sistem antarabang­sa.

Katanya, ia kini dalam proses pembanguna­n yang mana berpeluang untuk memperluas­kan lagi penyertaan masyarakat antarabang­sa.

“Ini akan meningkatk­an hub- ungan di antara kedua-duanya iaitu di dalam dan antara rantau ekonomi di dunia.

“Dalam meningkatk­an hubungan baharu ini dan integrasi yang lebih besar, ekonomi Islam dijangka menyumbang ke arah membuka peluang baharu yang akan membawa faedah bersama dan dengan itu, menyediaka­n penyelesai­an kewangan beretika dan model tanggungja­wab sosial kepada pasaran kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Forum Kepemimpin­an Dunia Muslim ke-4 sebagai panel penceramah bertajuk Ekonomi Halal dan Kewangan Islam - Memacu Ekonomi Global Baharu: Bagaimana Ekonomi Halal Dan Kewangan Islam Menyumbang kepada Ekonomi Global? di London.

Lebih daripada 200 perwakilan menghadiri forum itu, termasuk perwakilan antarabang­sa dan tempatan.

HDC ketuai delegasi

Forum yang diadakan di Lambeth Palace & House of Commons, Westminste­r London itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyampaik­an ucap tama dan turut hadir dalam sesi bertajuk Peranan Wanita Dalam Mencapai Matlamat Pembanguna­n Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDG) menjelang 2030.

Sesi panel itu dikendalik­an oleh Ketua Kewangan dan Pelaburan Islam Takaud Savings and Pensions (DIFC) Ltd, Sharjil Ahmed.

Ahli panelnya pula ialah Ketua Eksekutif Yayasan Zakat Negara (NZF), Iqbal Nasim; Pengerusi Pusat Pengajian Islam, Universiti Nasional, Indonesia, Prof Fachruddin Mangunjaya; Sultan Ahmed Choudhury OBE dari Al Rayan Bank dan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

HDC mengetuai delegasi dari Malaysia bersama-sama dengan peserta industri halal lain termasuk QSR Brands (M) Holdings Bhd, CCM Duopharma Biotech Bhd, Echo Foxtrot Sdn Bhd (Honestbee) dan Natural Wellness Industries Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia