Berita Harian

Komponen runcit The Era@duta North siap 2020

Pembanguna­n rain3rain berkonsep alam semula jadi

-

The Era@duta North yang dilancarka­n pada 15 April 2017 dan kini sudah 20 peratus siap.

Katanya, projek The Era@ Duta North membabitka­n enam menara kediaman dan tiga tingkat bangunan runcit dengan lebih 2.42 hektar landskap perkampung­an rimba.

“Keseluruha­n projek ini dibangunka­n di tanah berkeluasa­n 5.99 hektar dengan GDV dianggarka­n sebanyak RM600 juta. Bagi komponen runcit, pembanguna­n rain3rain pula bakal melengkapk­an keseluruha­n The Era@duta North.

Tempat berkumpul

“Projek ini diinspiras­ikan melalui konsep alam semula jadi yang direka khas untuk peruncit sekali gus menawarkan lokasi pilihan kepada orang ramai yang mencari keperluan harian dan sebagai tempat berkumpul bersama rakan serta keluarga.

“Komponen runcit ini akan dibangunka­n melalui empat fasa dengan keluasan kawasan 277,000 kaki persegi dan pembinaan fasa pertama sudah pun bermula November lalu,” katanya kepada media sempena pratonton ruang runcit rain3rain di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kean Ming berkata, rain3rain mempunyai tiga tingkat yang mana di tingkat bawah tanah adalah ruang untuk kafe, farmasi, kedai roti dan barangan runcit.

Katanya, rain3rain menerima kira-kira 70 peratus kadar pembelian dan pihaknya percaya jumlah itu akan meningkat termasuk bagi menara kediaman The Era@duta North.

Menurutnya, The Era@duta North adalah projek pertama JKG Land di Lembah Klang dan pihaknya juga telah membeli tanah di kawasan Mont Kiara.

“Kami mempunyai bank tanah lebih kurang 404.7 hektar di kawasan utara Malaysia dan bagi perancanga­n 2019, JKG Land akan melaksanak­an beberapa projek serta membeli lagi tanah yang berpotensi untuk dibangunka­n,” katanya.

 ?? [ FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH ] ?? Kean Ming (kanan) bersama Pengarah Bukan Bebas, Bukan-eksekutif JKG Land, Datuk Seri Tan Han Chuan (kiri) dan Pengerusi JKG Land, Tan Sri Tan Hua Choon melihat replika bangunan pada pratonton ruang runcit rain3rain di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[ FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH ] Kean Ming (kanan) bersama Pengarah Bukan Bebas, Bukan-eksekutif JKG Land, Datuk Seri Tan Han Chuan (kiri) dan Pengerusi JKG Land, Tan Sri Tan Hua Choon melihat replika bangunan pada pratonton ruang runcit rain3rain di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia