Berita Harian

Ehsan Plant & Property lancar projek di R

Taman Mawar Ehsan babit pembinaan 238 unit rumah teres dua tingkat dengan nilai RM

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Pemaju hartanah, Ehsan Plant & Property Sdn Bhd, melancarka­n projek perumahan baharu, Taman Mawar Ehsan di Rembau, Negeri Sembilan.

Projek dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM99.3 juta itu, terdiri daripada pembinaan 238 unit rumah teres dua tingkat berkeluasa­n sehingga 2,000 kaki persegi.

Ia menawarkan dua jenis pilihan rumah iaitu Jenis A dengan keluasan tanah 20x70 kaki persegi dan Jenis B (20x65).

Taman ini dibahagika­n kepada empat fasa pembanguna­n dengan fasa pertama membabitka­n 58 unit; fasa dua (70 unit); fasa tiga (53 unit) dan fasa empat sebanyak 57 unit.

Setiap fasa akan dibangunka­n secara berperingk­at dengan fasa pertama dijangka siap pada 2020 dan fasa terakhir pula siap pada 2022. Mula menabung

Untuk berjaya memiliki rumah idaman anda, penting untuk anda belajar mendisipli­nkan diri dengan menabung. Antara cara yang boleh digunakan termasukla­h dengan menyimpan wang mengikut warna atau jumlah nilai. Perkara ini sangat mudah untuk dipraktikk­an dan sekurang-kurangnya anda kaya dengan aset.

Perumahan yang dibina di atas tanah rizab Melayu itu akan dilengkapi dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air bagi setiap unit.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Abdul Hamid PV Abdu, berkata bagi rumah jenis A, harga seunit bermula dari RM 404,820, manakala untuk jenis B, harga bermula dari RM359,820.

Yuran tempahan rendah

Katanya, sambutan yang diterima sewaktu prapelanca­ran perumahan itu pada Oktober lalu amat menggalakk­an apabila 75 peratus unit fasa pertamanya berjaya dijual.

“Pembeli ditawarkan rebat sebanyak 10 peratus selain turut menerima hadiah percuma seperti televisyen, pendingin hawa dan pagar automatik.

“Kami akan mengadakan promosi akhir tahun pada 16 Disember ini di galeri jualan yang terletak di tapak projek ini untuk bakal pembeli dan akan menawarkan sekali lagi rebat 10 peratus dan hadiah percuma untuk mereka,” katanya Tidak membuat pinjaman peribadi

Punca ramai golongan muda jatuh muflis dalam keadaan terlalu muda adalah kerana membuat pinjaman peribadi dari pihak bank. Janganlah sesekali anda membuat pinjaman peribadi untuk kehendak diri yang akhirnya memakan diri sendiri. Tanpa prejudis pihak bank akan labelkan anda sebagai individu yang berisiko. Ikutlah nasihat warisan nenek moyang kita iaitu biarlah “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Tahan k Jangan t kereta import a canggih jika kew belum stabil. Ta memiliki baran masih tidak ma baru-baru ini.

Abdul Hamid berkata, ba kakitangan kerajaan yang ingi menggunaka­n pembiayaan ker jaan, mereka hanya perlu mem bayar RM100 sebagai yuran tem pahan dan proses selebihnya aka diuruskan oleh pemaju.

“Bagi pekerja swasta pula, yura tempahan hanya serendah RM50 Semua setem duti, yuran guama bagi Perjanjian Jual Beli (SPA perjanjian pinjaman dan mem randum pertukaran (MOT) aka ditanggung oleh pemaju,” katany

Dari segi kemudahan Abdu Hamid, berkata pihaknya akan mem bina sebuah surau khusus untu kegunaan penduduk di taman itu

“Selain itu, taman ini akan tur dilengkapi dengan kemudaha padang bola sepak, taman perma nan kanak-kanak dan dewan serb guna,” katanya.

Dari segi akses katanya, tama perumahan itu terletak tidak jau dengan tol lebuh raya utara selata Pedas yang hanya mengamil ma lima minit perjalanan.

 ??  ?? Abdul Hamid PV Abdu, Ketua Pegawai Eksekutif Ehsan Plant & Property Unit kediaman di Taman Mawar Ehsan dilengkapi pelbagai kemudahan. Taman Mawar Ehsan mudah akses dari lebuh raya.
Abdul Hamid PV Abdu, Ketua Pegawai Eksekutif Ehsan Plant & Property Unit kediaman di Taman Mawar Ehsan dilengkapi pelbagai kemudahan. Taman Mawar Ehsan mudah akses dari lebuh raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia