Berita Harian

Enggan harap ihsan

-

Yazit berkata, dulu dia masih boleh bekerja siang dan malam, tetapi apabila kesihatan semakin merosot, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

“Tahap kesihatan saya semakin berat. Dulu, saya boleh berkarya secara berkumpula­n, pendapatan­nya juga boleh tahan. Apabila selalu sakit, keadaan kewangan merosot teruk.

“Diakui, saya terpaksa berkerja keras dalam keadaan sakit. Saya sendiri akan semakin sakit apabila duduk di rumah. Muzik adalah terapi jiwa saya.

“Ini semua ujian Allah buat saya. Tiada siapa dapat menolong saya melainkan diri sendiri. Saya tidak boleh terlalu mengharapk­an belas ihsan orang lain,” katanya.

Ramai datang melawat ketika koma

Katanya, dia berkawan dengan semua artis ketika meniti zaman popularnya.

“Saya memang bersikap ‘low profile’ walaupun banyak juga membantu artis lain pada zaman popular dulu.

Saya berkawan dengan semua artis, tidak kira popular atau sebaliknya. Apabila sakit, ramai rakan risau dan datang menghulurk­an bantuan.

“Sewaktu koma dulu, saya tahu ramai rakan datang melawat. Jadi, saya tahu betapa sayangnya mereka terhadap saya.

“Apabila saya dilantik sebagai duta Uptown M3, tak sangka ramai artis yang datang memberikan sokongan. Saya tidak tahu macam mana mahu membalas jasa mereka?” katanya.

Bantu golongan memerlukan

Lelaki kelahiran Johor Bahru itu berkata, dia bersyukur apabila atas bantuan mereka juga, namanya dicadangka­n sebagai duta pusat beli-belah berkenaan.

“Saya dilantik menjadi duta pusat beli-belah ini selama lima tahun. Sebenarnya, pusat belibelah M3 memberikan projek ini kepada rakan saya. Kami membuka ruang kepada peniaga untuk berniaga di

Uptown M3 ini.

“Setakat ini, kami sudah mempunyai 70 peniaga yang berminat dengan bayaran sewa tapak antara RM650 hingga RM800 sebulan.

“Hasil kutipan sewa, kami akan pecahkan menjadi beberapa tabung untuk masjid, anak yatim dan artis yang susah serta sakit,” katanya.

Kongsi rezeki

Katanya, dia juga mahu berkongsi rezeki apabila menyediaka­n slot persembaha­n sebulan sekali buat rakan artis, walaupun dengan bayaran yang tidak seberapa.

“Demi menghormat­i jiran tetangga sekitar M3 Mall, kami hanya akan mengadakan persembaha­n sebulan sekali. Pada masa sama, artis jemputan perlu juga dihulurkan token. Kami pula tidak mampu untuk menyediaka­n bayaran mahal.

“Saya juga seorang artis, jadi saya faham duit minyak dan tol perlu disediakan. Maklumlah, ada segelintir artis akan meninggalk­an kita apabila mendapat projek lain, jika kita minta tolong dengan air liur sahaja.

“Saya tidak mahu perkara seumpama itu berlaku, jadi saya menggunaka­n kaedah token untuk membayar artis,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia