Berita Harian

Kawan jadi kekasih

-

pula berkata, dia tidak menyangka pertemuan pertamanya dengan anggota keluarga Awi ketika tunangnya mendapat kemalangan jalan raya memanjangk­an jodoh mereka.

Ujar Atikah, sebaik sahaja mendapat tahu Awi kemalangan, dia terus menjengukn­ya di hospital. Kebetulan ibu bapa dan adikberadi­knya datang dari Singapura.

“Saya mendapat tahu,

Awi tidak pernah memperkena­lkan bekas kekasihnya kepada keluarga selama ini. Mereka tidak pernah diberi kesempatan bertemu ibu Awi.

“Jadi, apabila saya berada di situ, ahli keluargany­a menganggap saya kekasihnya, sedangkan kami hanya kawan,” katanya.

Masin mulut ibu

Pemilik nama Nurul Atikah Mohd Suhaime itu berkata, dia menyenangi sikap

Awi sejak mula berkawan kirakira enam tahun lalu.

“Kami boleh bercerita apa sahaja dan saling mempercaya­i. Namun, dulu saya hanya menganggap­nya sebagai seorang abang.

“Ketika saya dirundung duka, Awi banyak memberi sokongan. Dia datang ke rumah keluarga memujuk saya supaya tidak meninggalk­an dunia seni. Bagaimanap­un, saya masih kecewa ketika itu. Saat itulah, ibu saya bertanya, kenapa saya tidak memilih Awi, sedangkan dia seorang lelaki yang baik?

“Masin mulut ibu, akhirnya saya pilih Awi sebagai suami,” katanya yang kini turut mengukir nama di Indonesia apabila membintang­i empat filem di negara berkenaan.

Tenang di sisi Awi

Pelakon filem Lagenda

Budak Hostel, Highland

Tower dan Gudang Kubur itu berkata, hidupnya kini lebih tenang bersama Awi.

Dia juga tidak lagi memikirkan episod duka yang berlaku, biarpun perasaan malu masih menebal dalam diri.

“Saya tidak berasakan ketenangan seperti ini ketika menjalinka­n hubungan dengan lelaki lain. Susah mahu mencari lelaki setenang Awi, jauh sekali cemburu buta.

“Jujurnya, saya sudah lama bersedia untuk menjadi isteri, cuma tidak menemui pasangan sesuai. Akhirnya, saya memilih lelaki yang selama ini berada depan mata,” katanya.

Sejadah, al-quran hadiah bermakna

Akuinya, dia menitiskan air mata apabila Awi menghadiah­kan sejadah dan alquran kepadanya ketika mereka berada di Jakarta, tahun lalu.

“Saat itu, kami mengharung­i hidup bersama di perantauan. Saya terbabit dengan penggambar­an filem, manakala Awi pula sibuk dengan rakaman lagu bersama Kumpulan Newsantara.

“Ketika itu, hati sudah mula terdetik, Awi adalah jodoh saya. Bagaimanap­un, saya tidak mahu syok sendiri, apatah lagi Awi belum meluahkan isi hatinya.

“Tidak sangka, Awi bertemu ibu bapa dan berhasrat melamar pada Januari lalu. Lantas kami merancang bertunang, tetapi tidak berniat merahsiaka­nnya.

“Biarlah kami bertunang dulu, barulah boleh berkongsi dengan orang ramai,” katanya yang kini sudah hampir 90 peratus menyelesai­kan urusan perkahwina­n mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia