Berita Harian

Risau nasib lagu baharu

-

Beralih kepada kerjaya seninya, penyanyi berasal dari Kota Tinggi, Johor, ini memberitah­u dia baru sahaja selesai merakamkan sebuah lagu baharu berjudul Nafsu.

Walaupun ia adalah berita yang menggembir­akan untuk peminatnya, namun bagi si empunya diri, lagu terbabit sedikit sebanyak menimbulka­n kerisauan buat dirinya.

“Lagu berentak dangdut perlahan ini adalah hasil ciptaan Caca Handika yang juga komposer terkenal di Indonesia Tajuknya saja sudah sensasi. Berdasarka­n lirik lagu ini yang mempunyai dua makna dan ada kaitannya dengan wanita, saya tidak berasakan ia boleh diputarkan di Malaysia.

“Lagu ini bagaimanap­un bukanlah karya lucah. Cuma liriknya yang boleh memberi dua maksud. Kalau dibenarkan, mungkin saya akan mempromosi­kannya di Malaysia. Kalau sebaliknya pula, peminat di sini kenalah tunggu saya merakamkan lagu lain pula.

“Saya sendiri tidak tahu bila lagi saya akan dapat masuk ke studio kerana buat masa ini, jadual saya sangat padat,” ujarnya.

Kongsi ilmu bersama peserta

Mengenai tugasnya sebagai pengulas program realiti popular seberang,

dan juga juri tetap Mas Idayu berkata, dia takkan menggalas tanggungja­wab berkenaan jika ilmu tidak penuh di dada.

“Kritikan yang saya berikan ke atas setiap peserta bukannya kosong. Ilmu yang saya timba ketika mula-mula menceburka­n diri dalam bidang muzik hinggalah zaman selepas kemunculan Black, saya tumpahkan dalam setiap komen yang diberikan.

“Saya juga belajar mengenai terma dalam bidang muzik menerusi pengurus saya sebelum ini. Dia juga seorang konduktor muzik. Justeru, berbekalka­n ilmu yang saya ada, ditambah dengan pengalaman dimiliki, semua itulah yang dikongsi bersama peserta program realiti membabitka­n saya,” katanya.

 ??  ?? Sebagai juri tetap Mentor 7 bersama Datuk Wah Idris.
Sebagai juri tetap Mentor 7 bersama Datuk Wah Idris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia