Berita Harian

Cat Farish bengang

-

Begitupun, bukanlah semua yang bersiap sedemikian, sebaliknya hanya segelintir masih perlu mendapat didikan dalam bab berkenaan.

Adab, budi bahasa

Bertemu dengan penyanyi dan komposer, Cat

Farish, baru-baru ini, dia meluahkan perkara sama. Baginya, artis baharu hari ini tidak pandai berkawan.

“Maksud saya, mereka tidak pandai bertegur sapa. Mereka juga tidak tahu nak bertanya dan hanya mendiamkan diri. Budaya tegur-menegur bagaikan sudah tiada di belakang pentas. Adab dan budi bahasa bukannya kena tegur dan ajar, ia bermula sejak kecil, dari rumah lagi.

“Saya akan mencari artis lama dulu jika berada di belakang pentas. Kerana, kalau bukan kita yang mencari, bagaimana mereka mahu berkongsi pengalaman dan tips yang berguna?

“Tidak hairanlah kumpulan Ruffedge masih bersama dan kenapa banyak kumpulan lain sudah berkubur. Kami pernah bergaduh sampai tumbuk dinding, tetapi disebabkan hubungan ibarat seperti adik-beradik, masing-masing bergaduh ‘manja’ sahaja, tidak letak dalam hati,” katanya.

Kongsinya, keadaan menjadi lebih teruk ketika ini apabila netizen boleh bercakap apa sahaja tanpa adab.

“Saya tengok, artis baharu seperti Sufian Suhaimi bijak bercakap, sedangkan mula-mula dulu dia agak pemalu apabila bertemu.

“Saya juga kagum dengan Nabila Razali yang datang menegur dan meminta nasihat. Dia ikut nasihat saya supaya pandai membawa diri dan berkawan dengan semua orang.

“Saya nasihatkan artis baharu, tolong hormat dan jangan sombong apabila bertemu artis lama. Jika mahu jadi artis, kita kena tahu adab dan kepentinga­n sivik serta budi bahasa,” katanya.

Kepada artis baharu, dengarlah nasihat orang lama seperti Cat. Sejak dulu, Raja kagum keperibadi­an Cat yang sangat mesra dan tidak pernah menyombong diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia