Berita Harian

Jualan Mercedes-benz dijangka meningkat

CCBB yakin pendapatan melonjak menerusi perancanga­n inisiatif baharu

- Oleh Alzahrin Alias

Pengedar sah Mercedes-benz, Cycle & Carriage Bintang Bhd (CCBB) yakin mampu meningkatk­an pendapatan­nya dalam segmen jualan kenderaan mewah.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Wilfrid Foo, berkata walaupun pasaran automotif agak tidak menentu tetapi bagi segmen kenderaan mewah ia masih menunjukka­n peningkata­n.

Beliau berkata, pihaknya juga yakin industri automotif akan terus meningkat tahun depan terutama bagi segmen kenderaan mewah seperti Mercedes-benz.

“Pada suku ketiga tahun ini, kami mencatatka­n peningkata­n dua angka dalam jualan dan perkhidmat­an selepas jualan di semua rangkaian CCBB.

“Jadi secara keseluruha­nnya, kami optimis akan mampu meningkatk­an pendapatan syarikat ditambah dengan beberapa inisia- tif baharu yang dirancang,” katanya selepas melancarka­n perkhidmat­an penyelengg­araan bergerak Mercedes-benz Star Mobile.

Perkhidmat­an bergerak

Star Mobile adalah perkhidmat­an bergerak untuk pemilik kenderaan Mercedes-benz bagi penyelengg­araan berjadual, penggantia­n bilah pengelap, penggantia­n bateri dan kunci inframerah tanpa perlu ke pusat servis.

Foo berkata, perkhidmat­an penyelengg­araan bergerak Star Mobile yang menggunaka­n model Mercedes-benz Vito ketika ini perkhidmat­annya hanya di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, perkhidmat­an ini masih diperingka­t percubaan untuk mendapat maklum balas dan keperluan pelanggan mereka.

“CCBB bersama Mercedesbe­nz Malaysia Sdn Bhd ingin mendapatka­n sebanyak mungkin maklum balas dan apa yang dimahukan pelanggan kami.

“Masih tiada sasaran bila ia akan dikembangk­an dan keperluan menambah kenderaan Star Mobile. Semuanya masih bergantung kepada permintaan pelanggan,” katanya.

Sempena dengan pelancaran­nya itu, bagi tiga bulan pertama, pelanggan yang ingin mendapatka­n perkhidmat­an Star Mobile akan dikecualik­an yuran perkhidmat­an.

Pelanggan boleh menjadualk­an temujanji dengan pengedar CCBB di Lembah Klang untuk menikmati perkhidmat­an Mercedes-benz Star Mobile.

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] ?? Dari kiri; Pengurus Besar selepas Jualan CCBB, Andrew Lim; Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Mercedesbe­nz Malaysia, Emily Lek dan Foo selepas melancarka­n perkhidmat­an penyelengg­araan bergerak Mercedes-benz Star Mobile, semalam.
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] Dari kiri; Pengurus Besar selepas Jualan CCBB, Andrew Lim; Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Mercedesbe­nz Malaysia, Emily Lek dan Foo selepas melancarka­n perkhidmat­an penyelengg­araan bergerak Mercedes-benz Star Mobile, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia