Berita Harian

Siri terakhir Perfect Livin’18 sasar 30,000 pengunjung

-

i.star Ideas Factory Sdn Bhd (i.star), penganjur pameran kediaman dan gaya hidup terkemuka Perfect Livin’18 menjangkak­an edisi terakhir bagi acara itu pada tahun ini mampu menarik 20,000 hingga 30,000 pengunjung sepanjang tiga hari bermula semalam hingga esok.

Pengarahny­a, Jason Yap, berkata syarikat yakin mampu menarik jumlah kunjungan terbabit memandangk­an acara itu tepat diadakan pada masanya iaitu sempena musim cuti persekolah­an, sambutan Krismas serta Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

“Orang ramai disarankan supaya datang ke acara ini kerana pempamer akan memberikan pelbagai tawaran menarik berikutan ada dalam kalangan mereka mengadakan jualan penghabisa­n stok atau jualan akhir tahun pada kali ini,” katanya pada sidang media Perfect Livin’18 di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, syarikat juga menyasarka­n jualan antara RM10 juta hingga RM15 juta bagi edisi terakhir itu dan menjangkak­an ia mampu dicapai melalui pelbagai tawaran menarik daripada 250 ruang pameran yang disertai kirakira 100 pempamer.

“Kami melihat sasaran ini sebagai munasabah berikutan kebanyakan pemamer masih menawarkan harga yang menarik kepada pengunjung kerana mereka mengambil pendekatan untuk menyerap Cukai Jualan dan Per khidmatan (SST) yang dikenakan atau menurunkan harga produk masingmasi­ng,” katanya.

Tawar hadiah menarik

Perfect Livin’18 menawarkan pelbagai hadiah melalui aktiviti seperti Happy Hour Deals yang menyaksika­n pengunjung berpeluang membeli barangan pada harga rendah pada setiap jam apabila berbelanja minimum RM500 di acara terbabit.

Selain itu, pengunjung berpeluang memenangi hadiah selamat datang berupa botol minuman aluminium bagi 500 individu terawal setiap hari, aktiviti daftar dan menang yang menawarkan langganan setahun Celcom Home Wireless bernilai RM1,800 dan aktiviti beli dan menang (Dapur Digital Nano Sugawa bernilai RM3,898).

Mereka yang berbelanja RM500 dan ke atas juga berpeluang menebus hadiah menarik daripada siri barangan berjenama serta baucar tunai bernilai lebih RM100,000.

Perfect Livin’18 sedang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam dan dibuka kepada orang ramai bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia