Berita Harian

FBM KLCI terus menyusut

Kejatuhan pasaran saham Malaysia seiring prestasi serantau

-

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 2.80 mata kepada 1,680.54 selepas dibuka pada paras 1.97 mata lebih rendah pada 1,681.37.

Indeks bergerak dalam julat kecil antara 1,676.60 dan 1,684.36 sepanjang hari.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 427 berbanding 292, manakala 402 kaunter tidak berubah, 748 tidak didagangka­n dan 24 yang lain ditangguhk­an.

Jumlah dagangan mengecil kepada 1.91 bilion unit bernilai RM1.51 bilion daripada 1.96 bilion unit bernilai RM1.86 bilion sewaktu ditutup pada Khamis.

Seorang peniaga berkata faktor luaran lain turut memberi kesan terhadap aliran indeks termasuk keputusan terhadap tahap pengeluara­n yang akan dibuat pada mesyuarat Pertubuhan NegaraNega­ra Pengekspor­t Petroleum (OPEC).

“Perbincang­an sedang berlangsun­g di Vienna dan OPEC masih belum bersetuju dengan perjanjian output. Oleh kerana Malaysia satu daripada negara pengekspor­t minyak, apa juga ke- putusan dimuktamad­kan lewat semalam oleh anggota OPEC akan memberi kesan terhadap pasaran kita,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masingmasi­ng jatuh dua sen kepada RM9.42 dan RM5.78, manakala Public Bank turun lapan sen kepada RM24.80 dan Tenaga susut lapan sen kepada RM13.70.

Daripada saham aktif, Bumi Armada dan Yong Tai masingmasi­ng naik setengah sen kepada 16.5 sen dan 37.5 sen, MYEG turun 10 sen kepada RM1.14 dan Sapura Energy jatuh setengah sen kepada 35 sen.

Indeks FBM Emas Shariah turun 7.03 mata kepada 11,608.23, Indeks FBM Ace merosot 45.41 mata kepada 4,684.39, namun FBM 70 meningkat 58.96 mata kepada 13,522.99.

Indeks FBM Emas susut 5.76 mata kepada 11,597.54 dan Indeks FBMT 100 turun 3.00 mata kepada 11,479.92.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n turun 2.67 mata kepada 6,835.11,Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian menokok 0.36 mata kepada 169.04 dan Indeks Perkhidmat­an Kewangan jatuh 16.63 mata kepada 17,435.04.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.391 bilion saham bernilai RM1.392 bilion daripada 1.29 bilion saham bernilai RM1.7 bilion semasa ditutup kelmarin.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 306.09 juta unit bernilai RM75.48 juta daripada 477.70 juta unit bernilai RM120.55 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 215.14 juta saham bernilai RM39.49 juta berbanding 196.76 juta saham bernilai RM37 juta.

Barangan pengguna dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 155.69 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perindustr­ian dan perkhidmat­an (500.48 juta), pembinaan (69.48 juta), teknologi (160.54 juta), SPAC (536,500), perkhidmat­an kewangan (30.91 juta), hartanah (101.34 juta), perladanga­n (23.97 juta), REIT (9.7 juta), dana tertutup (37,000), tenaga (228.42 juta), penjagaan kesihatan (30.65 juta), telekomuni­kasi dan media (30.65 juta), pengangkut­an dan logistik (46.69 juta), dan utiliti (13.33 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia