Berita Harian

Lima beranak ikat perut, catu makanan

Keluarga kesempitan hidup berteduh di rumah uzur

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi dan Fakhrul Abid Mohamed Saifuddin

Sekeluarga lima beranak bukan sahaja terpaksa berteduh di rumah sangat uzur dengan bumbung bocor, malah mengikat perut dan mencatu makanan akibat kesempitan hidup.

Keadaan itu menyebabka­n Nik Rosliza Mohammed, 31, bersama suami, Yusmadi Mohd Azmi, 33, dan tiga anak mereka berusia tiga hingga 12 tahun di Kampung Tanjong Baru, Badang, di sini, hanya mampu menjamah nasi berlauk telur goreng dengan kicap atau budu.

Nik Rosliza berkata, pendapatan suaminya sebagai tukang rumah tidak menentu, manakala beliau baru seminggu mengambil upah mencanting batik bagi membantu meringanka­n beban keluarga.

“Pada hari biasa, suami pergi bekerja empat atau lima hari seminggu dengan upah RM350 yang perlu digunakan secara bijak untuk keperluan harian dan perbelanja­an persekolah­an anak.

“Namun ketika musim tengkujuh, suami tidak dapat keluar bekerja. Pada masa sama, kerja mencanting batik juga tidak dapat dijalankan berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

“Saya terpaksa mencatu makanan bagi memastikan wang yang ada digunakan sebaik mungkin. Mujur anak memahami kesusahan keluarga dan tidak pernah merungut,” katanya ketika ditemui di rumah mereka.

Beliau berkata, rumah didiami mereka sejak 10 tahun lalu pula sudah terlalu uzur dengan bumbung bocor dan ruang dapur tidak dapat digunakan lagi.

“Bagaimanap­un, saya bersama suami sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada anak supaya belajar bersungguh-sungguh kerana tidak mahu nasib mereka nanti menjadi seperti kami,” katanya.

Beri sumbangan ringan beban

Dalam pada itu, keperitan hidup keluarga berkenaan turut mendapat perhatian Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Pengkalan Chepa, Nasaruddin Abdullah yang meninjau keadaan rumah mereka, sekali gus menghulurk­an sumbangan peribadi berupa barangan makanan dan keperluan persekolah­an.

“Saya mengetahui kedaifan keluarga ini melalui Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang sebelum datang untuk melihat sendiri keadaan mereka,” katanya.

Orang ramai ingin menyumbang boleh menyalurka­nnya ke akaun Bank Islam 03-102-02-007641-2 atas nama Nik Rosliza Mohammed.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR /BH] ?? Nasaruddin menyampaik­an keperluan sekolah kepada tiga anak Yusmadi dan Nik Rosliza di Kampung Tanjong Baru, Badang dekat Kota Bharu.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR /BH] Nasaruddin menyampaik­an keperluan sekolah kepada tiga anak Yusmadi dan Nik Rosliza di Kampung Tanjong Baru, Badang dekat Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia