Berita Harian

Penyakit kulit kronik jejas emosi penghidap

-

diliputi sisik sel kulit mati berwarna putih.

Ia berlaku apabila sistem imun menghantar isyarat salah yang mempercepa­tkan kitaran pertumbuha­n sel kulit.

Tinjau selidik global oleh Novartis bertajuk Jelas Mengenai Psoriasis‘, mendedahka­n hampir 40 peratus daripada penghidapn­ya mengalami masalah psikologi akibat penyakit kulit mereka.

Justeru, Novartis Coporation Malaysia dengan usaha sama Persatuan Psoriasis Malaysia dan True Complexion, menganjurk­an Kempen Amalkan Sikap Positif dengan menampilka­n lima pesakit selain Charles dan Aliff; Aktivitis Kemanusiaa­n, Rocyie Wong; Setiausaha Persatuan Psoriasis Malaysia, Sofia Lovi dan Patrina Tang.

Bersikap positif

Penghidap penyakit itu mendedahka­n parut psoriasis yang membebanka­n mereka sehingga meresahkan selama bertahun-tahun.

Mereka juga menerangka­n cara mengatasi masalah dan menangani keadaan, sambil terus bersikap positif sempena Hari Psoiriasis Sedunia, baru-baru ini.

Bagi Rocyie, beliau membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam sesi foto terbabit kerana tidak mahu membiarkan keadaan itu membelengg­u hidupnya, selain jika dibiarkan akan membuatkan terus murung.

“Saya tidak mahu rasa malu dengan keadaan diri saya dan berhasrat untuk memberi inspirasi kepada pesakit lain supaya lebih positif dalam menangani masalah mereka juga,” katanya.

Jejaskan emosi dan fizikal

Pakar Kulit Peter Ch’ng Clinic Skin & Laser Specialist, Dr Peter Ch’ng, berkata sesetengah penghidap psoriasis mungkin merasa murung dan resah dengan keadaan mereka yang menjejaska­n fizikal dan emosi.

“Kita harus sedar akan cabaran yang dihadapi penghidap dan memberikan sokongan positif kepada mereka.

“Pesakit patut berbincang dengan pakar penjagaan kesihatan dan mencari rawatan yang paling sesuai untuk merawat penyakit itu,” katanya.

Sementara itu, Sofia berkata, beliau menghidap psoriasis selama 25 tahun dan penyertaan­nya dalam program berkenaan untuk menggalakk­an lebih ramai penghidap supaya bersikap lebih positif dan tidak malu berjumpa pakar.

“Persatuan yang ditubuhkan itu bertujuan memberikan sokongan kepada pesakit lain. Anda sentiasa digalakkan berbincang dengan doktor atau ahli dermatolog­i mengenai cara baharu untuk merawat penyakit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia