Berita Harian

Coklat putih kuatkan fungsi jantung

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Bagi penggemar makanan coklat, anda pasti sedar akan kewujudan pelbagai variasi antaranya coklat susu (milk chocolate), coklat kurang gula (semisweet chocolate) dan coklat gelap (dark chocolate).

Bagaimanap­un, ramai yang mengelak mengambil makanan manis itu kerana menganggap semua jenis coklat tidak bagus untuk kesihatan.

Yang pasti, ada kelebihan coklat putih berbanding coklat lain kerana ia kurang coklat sirup dan pepejal koko yang lazim kuantiti kafein di dalamnya sangat sedikit dan tidak memberikan kesan tertentu terhadap individu yang alergi kepada manisan itu.

Pengurus Pemasaran dan Per kembangan Perniagaan Coolblog Apps Sdn Bhd, Zaidi Zakaria berkata, perkara yang membezakan antara jenis coklat adalah peratusan kandungan koko di dalamnya.

Secara umum setiap coklat mengandung­i tiga bahan utama iaitu sirap koko, mentega koko dan pepejal koko dan beberapa bahan tambahan lain.

“Peratusan bahan utama ini dalam coklat akan membezakan­nya kepada beberapa variasi coklat yang dijual di pasaran.

“Coklat putih pula bagaimanap­un tidak mengandung­i dua daripada tiga bahan utama membuat coklat, iaitu sirap koko dan pepejal koko yang memberikan rasa coklat seperti lain.

“Kebanyakan coklat putih mengandung­i mentega koko iaitu sejenis lemak sayuran berwarna putih kekuningan,” katanya.

Sumber vitamin semula jadi

Zaidi berkata, coklat dengan kandungan koko atau biji coklat yang lebih dari 70 peratus memiliki manfaat untuk kesihatan.

Katanya, kakao yang terkandung dalam rangkaian coklat adalah sumber magnesium semula jadi tertinggi.

“Coklat putih mengandung kalsium kerana ia dihasilkan dengan campuran susu memberikan nutrisi kalsium untuk menguatkan tulang, gigi selain membantu fungsi normal jan tung, otot dan saraf.

“Makanan ini kaya dengan kandungan antioksida­n iaitu fenol dan flavonoid bagi membantu membunuh radikal bebas dalam tubuh, selain bermanfaat untuk penjagaan kulit.

“Kelebihan itu menjadikan coklat sebagai salah satu pilihan minuman dan hidangan menjadi tumpuan,“katanya.

Dijadikan minuman diet

Selain dimakan coklat putih juga enak dijadikan sebagai minuman kesihatan dengan adunan buahbuahan segar atau kekacang.

“Coklat putih digemari dalam kalangan individu yang mahu mengamalka­n minuman diet.

“Anda boleh cuba kisarkan coklat putih dengan kekacang dan buah strawberi bagi memberikan kepuasan rasa,“katanya.

Lebih menarik minuman coklat putih itu dapat membekalka­n tenaga kepada penggemarn­ya selain membuatkan anda rasa kenyang sepanjang hari.

“Di samping kaya dengan nutrisi, coklat ini mampu memberikan ketenangan lebih lagi ketika anda berdepan dengan hari sibuk.

“Kandungan teh susu digunakan sebagai bahan asas dicampurka­n dengan serbuk coklat putih juga menjadikan rangkaian ini unik sesuai untuk semua,”katanya. Mengenai coklat

Coklat mengandung vitamin A, B1, C, D, dan E.

Zat dan nutrisi penting seperti zat besi, kalium dan kalsium.

Kandungan magnesium dapat mengatasi masalah seperti hipertens

Masalah datang haid dan pra menstruasi (PMS)

Fenol

Bertindak sebagai antioksida­n mampu mengurangk­an kandungan kolesterol dalam darah.

Membantu mengurangk­an risiko serangan jantung. Kandungan lemak pada coklat yang berkualiti tinggi bebas kolesterol

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Coklat puith sesuai untuk piihan individu yang mahu mengamalka­n diet seimbang.
Coklat puith sesuai untuk piihan individu yang mahu mengamalka­n diet seimbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia