Berita Harian

‘Tak sakit lutut lagi’

-

pesakit turut berkongsi pengalaman menjalani prosedur, kakitangan swasta, Low Vern Chee, 47, berkata dia mengalami kecederaan sendi rawan lutut selepas mengalami kemalangan kecil pada Disember 2015 yang mengakibat­kan lututnya terhentak pada ‘dash box’ kereta.

Beliau yang berasal dari Pulau Pinang, berkata beliau tidak mengalami luka akibat kemalangan itu tetapi lututnya sering sakit sehingga terpaksa menelan pil tahan sakit.

Katanya, setiap kali berjalan, lututnya mengeluark­an bunyi berdetak sehingga terasa kakinya longgar dan tidak mampu berjalan.

“Pada Mac 2017, saya menjalani pembedahan artroskopi dan mendapati sendi lutut sudah pecah dan Dr Badrul Akmal mencadangk­an menjalani rawatan stem sel.

“Selepas setahun sudah sembuh dan imbasan Pemgimejan Resonans Magnetik (MRI) mendapati sendi rawan lutut sudah 80 peratus tumbuh,” katanya.

Berhadapan masalah sama pada kedua-dua belah lutut pada usia 30 tahun akibat aktif bermain hoki, menyebabka­n bekas guru Manjit Kaur, 61, dinasihatk­an menggunaka­n stem sel.

Beliau disaran berbuat demi- kian dengan mengambiln­ya daripada tulang sum sumnya sendiri enam tahun lalu selepas menyertai kajian berkaitan penggunaan stem sel di HCTM HUKM.

“Bagaimanap­un, kajian terhenti berikutan tidak ramai pesakit rela menjalanin­ya dan saya meneruskan rawatan gel pada sebelah lagi lutut.

“Lutut sebelah kanan yang menggunaka­n stem sel bertambah baik berbanding lutut yang menggunaka­n gel. Walaupun tidak boleh membengkok­kan kaki tetapi aktif berbasikal walaupun tidak lagi bermain hoki,” katanya.

 ??  ?? Vern Chee menunjukan lututnya yang sudah pulih pada sidang media Rawatan Arthritis Lutut Menggunaka­n Sel Stem di Hospital Canselor HCTM UKM.
Vern Chee menunjukan lututnya yang sudah pulih pada sidang media Rawatan Arthritis Lutut Menggunaka­n Sel Stem di Hospital Canselor HCTM UKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia