Berita Harian

Ajar anak organ sensitif

-

dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Pembanguna­n Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Awam, Kementeria­n Kesihatan, Dr Aminah Bee Mohd Kassim, berkata masyarakat tidak boleh menghukum kanak-kanak ini tanpa memahami niat sebenar.

“Sebagai contoh, ada kes kanak-kanak autisme yang sangat sukakan objek yang berkilau seperti kerongsang dan akan menyentuhn­ya setiap kali melihatnya walaupun di mana saja ia diletakkan termasuk pada baju orang.

“Kanak-kanak ini tidak berniat hendak menyentuh badan orang tetapi lebih tertarik untuk mengambil kerongsang berkenaan,” katanya.

Tabiat autisme

Beliau berkata, ada kanak-kanak yang tangannya tidak boleh duduk diam dan perlu sentiasa memegang sesuatu pada setiap masa.

Kanak-kanak ini juga gemar membiarkan jari-jarinya menyentuh dinding sepanjang berjalan di dalam rumah.

Tabiatnya itu terbawa-bawa apabila ke tempat awam seperti pusat membeli-belah dan tangannya didepakan sambil berjalan sehingga terkena badan orang ramai.

Ramai yang memarahi kanakkanak ini apabila tangannya terkena badan mereka dan menganggap perbuatan ini disengajak­an.

“Kita tidak menolak hakikat sebagai remaja mereka juga mempunyai keinginan biologi atau seks tetapi sejauh mana mereka memahami mengenainy­a?

“Jika mereka tidak diajar mengenai seks, mereka tidak akan tahu sebaliknya mereka harus dididik mengenai memahami emosi orang lain menerusi pendidikan seksualiti,” katanya.

Ajar mengenai kesihatan seksualiti

Dr Aminah Bee menjelaska­n, semua kanak-kanak termasuk ketagori Orang Kurang Upaya (OKU) perlu diajar mengenai kesihatan seksualiti seawal usia dua tahun.

Pendidikan awal mengenai kesihatan seksualiti perlu diterapkan ibu bapa sendiri di rumah dengan melatih anak mengenai perbezaan makna kawasan ‘awam’ dan ‘peribadi’.

Ia merangkumi bagaimana menjaga aurat tubuh, tempat dan tingkah laku yang dibolehkan atau sebaliknya ketika berada di kawasan awam.

Sebagai langkah awal mendidik anak mengenai perbezaan ruang di dalam rumah.

“Perkenalka­n anak dengan kategori ruang awam dan peribadi di dalam rumah sendiri misalnya ruang tamu adalah kawasan awam bilik dan tandas ruang peribadi.

“Seterusnya, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di dalam ruang peribadi dan awam seperti tidak boleh berbogel atau mendedahka­n anggota tubuh,” katanya.

Sentuhan tubuh

Ibu bapa perlu menjelaska­n kepada anak bahawa orang lain tidak boleh melihat atau menyentuh tubuh mereka. Ini merangkumi kepala sehingga hujung kaki dan mereka juga tidak boleh melakukan perkara sama ke atas orang lain.

Beritahu anak, sentuhan baik adalah terbatas kepada salam, menepuk bahu, usap kepala (dalam sesetengah budaya dianggap tidak baik).

Sentuhan tidak baik pula bukan sekadar menyentuh bahagian sulit tetapi merangkumi keganasan fizikal seperti menarik rambut, memukul dan menolak orang lain.

Mengenal emosi orang lain juga penting tetapi bagi sesetengah kanak-kanak OKU, ia mungkin sukar dilakukan dan memerlukan latihan berulang serta kaedah mudah difahami.

Jelaskan kepada mereka makna gembira, takut dan marah dengan perubahan wajah. Mereka perlu berundur dan menghentik­an perbuatan yang tidak disukai orang lain.

 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY/ BH ] ?? Lakaran mengenai individu yang boleh atau sebaliknya disalam oleh kanak-kanak.
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY/ BH ] Lakaran mengenai individu yang boleh atau sebaliknya disalam oleh kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia