Berita Harian

Rujuk tadbir urus, integriti empayar Islam dahulu

-

Shah Alam: Sejarah kegemilang­an khilafah dan empayar Islam dengan tadbir urus dan integriti yang disegani dunia perlu dijadikan rujukan utama kerajaan negara Islam hari ini.

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UITM), Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, berkata model pentadbira­n kerajaan Islam dahulu perlu diangkat kembali, sekali gus menjadi rujukan penting pada masa ini.

“Pelbagai salah laku dalam kalangan penjawat awam dan ahli politik sejak akhir-akhir ini memerlukan kita semua merenung kembali dalam pelbagai aspek.

“Ini menunjukka­n keruntuhan adab pemerintah­an, integriti, urus tadbir, etika, moral dan akhlak dalam kalangan golongan pengurusan yang terbabit.

“Apa yang berlaku ini secara tidak langsung menimbulka­n pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat,” katanya pada Majlis Perasmian Persidanga­n Adab Pemerintah­an: Pesan Tamadun Melayu Islam di UITM, di sini.

Yang turut hadir, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling.

Teliti secara mendalam

Hassan berkata, persoalan seperti sifat dan ciri-ciri, bentuk peribadi yang wajar, bagaimana sikap serta corak tindakan pegawai awam yang wajib ditunjukka­n ketika melaksanak­an tugas perlu diteliti secara mendalam.

Beliau berkata, persidanga­n itu memberi peluang sarjana pengajian tamadun dan manuskrip Melayu serta Islam berkongsi ilmu untuk manfaat bersama.

“Kita perlu menggali iktibar dari peradaban Melayu sebagai warisan serta pesanan dalam mengurus negara dan bangsa.

“Kita juga perlu menyebarka­n pengajaran dari peradaban Melayu kepada masyarakat hari ini.

“Adalah penting untuk kita mengembang­kan wacana peradaban yang berkait rapat dengan sistem kerajaan dan pemerintah­an beraja negara,” katanya.

 ?? [FOTO NORZAMIRA CHE NOH /BH] ?? Syed Danial (tiga dari kiri) ketika merasmikan Persidanga­n Adab Pemerintah­an: Pesan Tamadun Melayu Islam di Dewan Anjung Seri Budiman, UITM Shah Alam, baru-baru ini.
[FOTO NORZAMIRA CHE NOH /BH] Syed Danial (tiga dari kiri) ketika merasmikan Persidanga­n Adab Pemerintah­an: Pesan Tamadun Melayu Islam di Dewan Anjung Seri Budiman, UITM Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia