Berita Harian

AS cuba ‘sekat’ Huawei: China

-

Beijing: Amerika Syarikat (AS) cuba ‘menyekat’ dan membendung peluasan global syarikat gergasi teknologi China, Huawei dengan penahanan seorang eksekutif atasannya, kata media tempatan negara itu semalam.

Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Huawei Technologi­es Co Ltd, Meng Wanzhou, 46, yang juga anak perempuan pengasas syarikat, ditahan di Kanada 1 Disember lalu, hari sama Presiden Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping makan malam bersama dalam sidang kemuncak G20 di Buenos Aires, Argentina.

Trump tidak tahu rancangan menahan eksekutif atasan gergasi telekomuni­kasi China itu di Kanada, kata dua pegawai AS kelmarin, dalam cubaan jelas menghentik­an insiden itu daripada menghalang rundingan dagangan penting dengan Beijing.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau juga menjarakka­n dirinya daripada dikaitkan dengan penahanan itu, mengatakan keputusan dibuat ‘tanpa sebarang pembabitan atau campur tangan politik.’

China menuntut pembebasan segera Wanzhou dan mengadu, Kanada atau AS tidak menjelaska­n alasan penahanan terbabit.

Akhbar rasmi China Daily dalam ruangan editorial berkata, ‘tiada penjelasan’ berhubung penahanan Wanzhou dan ia dilihat sebahagian rancangan AS untuk meletakkan tekanan terhadap sekutunya supaya tidak menggunaka­n barangan Huawei.

“Namun satu perkara yang benar dan terbukti tanpa ragu-ragu ialah AS cuba untuk melakukan apa yang terdaya untuk mengekang peluasan Huawei di dunia hanya kerana syarikat adalah syarikat teknologi paling kompetitif China.

“Apa yang amat diperlukan bagi pembanguna­n hubungan China-as ialah kepercayaa­n politik. Namun Washington memujuk dan menekan sekutunya supaya menutup kerjasama dengan Huawei, membantu menghakis kepercayaa­n itu,” kata akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.

Tabloid berpengaru­h, Global Times, diterbitka­n akhbar Parti Komunis, People’s Daily berkata, AS ‘menggunaka­n pendekatan penyangak oleh kerana ia tidak dapat menghentik­an kemajuan 5G Huawei dalam pasaran.’ REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia