Berita Harian

Kedai, muzium Paris ditutup bimbang keganasan

-

kota ini.

Pihak berkuasa bimbang, mereka mungkin disertai samseng yang bertindak merusuh dan mencuri, sama seperti insiden hujung minggu lalu.

Perdana Menteri Edouard Philippe berkata, 8,000 anggota polis akan dihantar ke ibu kota ini bersama puluhan kenderaan perisai, tidak digunakan dalam kawasan bandar sejak rusuhan belia luar bandar pada 2005, untuk mengawal orang ramai sebagai sebahagian langkah ‘luar biasa’ membendung risiko keganasan.

Ves kuning tidak takut

Beliau juga mengulangi rayuannya supaya penduduk bertenang, berkata dalam satu wawancara televisyen di waktu puncak, kerajaan bersedia menimbang ‘sebarang langkah yang membenarka­n kuasa perbelanja­an ditingkatk­an.’

Di seluruh negara, kirakira 89,000 anggota polis akan dihantar, meningkat berbanding 65,000 hujung minggu lalu apabila negara itu digegarkan adegan rusuhan bandar sepanjang hari di ibu kota terkenal ini.

Namun setakat ini, pergerakan ‘ves kuning’ tidak menunjukka­n tanda berundur, walaupun kerajaan menarik balik rancangan menaikkan cukai bahan api Januari depan, satu daripada tuntutan utama bantahan.

Kedai dan premis perniagaan di sepanjang lokasi terkenal Champs-elysees diarah menutup pintu, melindungi tingkap terdedah dan mengalihka­n perabot di luar, menurut notis polis.

Tindakan itu kemungkina­n menjurus kerugian ribuan euro ketika pelancong dan penduduk tempatan mengelak mengunjung­i kawasan tumpuan pelancong itu dua Sabtu berturut-turut.

Kedua-dua rumah opera Garnier dan Bastille membatalka­n persembaha­n hari ini dan pintu muzium utama akan ditutup.

Perlawanan bola sepak Six Ligue 1, membabitka­n Paris Saint-germain, dijadualka­n hari ini, ditunda.

Bantahan ‘ves kuning’ bermula 17 November lalu sebagai menentang kenaikan cukai bahan api, namun sejak itu diperluask­an kepada tentangan besarbesar­an agenda pro-perniagaan dan gaya kepimpinan Macron.

Bantahan itu, terutama dari pekan kecil dan luar bandar Perancis, mendapat sokongan meluas orang awam dengan tinjauan pendapat minggu ini menunjukka­n, 72 peratus menyokong demonstras­i walaupun berlaku keganasan hujung minggu lalu.

Pergerakan itu mencetuska­n bantahan lain, terutama pelajar yang menuntut rombakan ujian ditamatkan dan syarat kemasukan ketat ke universiti.

Hampir 280 sekolah tinggi terjejas, 45 daripadany­a disekat, dalam bantahan di seluruh Perancis Khamis lalu dengan lebih 700 pelajar ditahan polis, kata sumber kementeria­n dalam negeri. AFP

 ??  ?? Edouard Philippe
Edouard Philippe
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia