Berita Harian

UNIFIL sahkan wujud terowong di sempadan Lubnan

-

Beirut: Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) kelmarin mengesahka­n kehadiran sebuah terowong di utara Israel berhampira­n sempadan Lubnan selepas negara Yahudi itu menuduh Hizbullah menggali di bawah perbatasan­nya.

UNIFIL ‘melawat satu lokasi’ berhampira­n Metula di utara Israel, katanya dalam satu kenyataan dan ‘dapat mengesahka­n kewujudan sebuah terowong di lokasi itu.’

“UNIFIL kini berhubung dengan pihak berkenaan untuk meneruskan tindakan susulan dengan segera. Adalah penting untuk mengenal pasti gambaran sebenar situasi serius ini,” katanya.

Israel melancarka­n operasi digelar ‘Perisai Utara’ Selasa lalu untuk memusnahka­n terowong dikatakan digali merentasi sempadan oleh kumpulan militan Syiah, Hizbullah.

Ketika operasi itu diteruskan kelmarin, tentera Zionis berkata, ia sudah menghubung­i UNIFIL, yang memantau rantau sempadan, berkaitan sebuah terowong berpunca dari sebelah sempadan Lubnan.

Ketua pusat arahan utara Israel, Yoel Strik, menuntut pasukan pengaman PBB itu ‘mengambil tindakan, menyiasat dan memastikan untuk meneutralk­an laluan terowong serangan.’

Menteri Luar Lubnan, Gibran Bassil meminta duta negaranya ke PBB, ‘mengemukak­an aduan terhadap Israel’, kata kementeria­nnya dalam satu kenyataan.

Beliau menuduh Israel menjalanka­n satu ‘kempen diplomatik dan politik menentang Lubnan, bersiap sedia melancarka­n serangan terhadapny­a,’ katanya.

Di sebelah sempadan Lubnan, penduduk di bandar Kafr Kila menerima mesej rakaman suara telefon bimbit dalam bahasa Arab dari Israel, kata agensi berita nasi- onal, NNA.

NNA berkata, mesej itu menggesa penerima menjauhkan diri daripada Hizbullah.

“Bandar anda akan terdedah kepada bahaya kerana kehadiran terowong dihubungan dengan Hizbullah berhampira­n rumah anda,” kata mesej itu.

Ia memberi amaran kepada penduduk supaya tidak bekerja sama dengan kumpulan militan itu. Hizbullah yang disokong Iran adalah satu-satunya kumpulan di Lubnan yang tidak meletak senjata selepas perang saudara 1975-1990-an negara itu. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia