Berita Harian

Ribuan wanita Myanmar dipaksa berkahwin di China

-

puluhan ribu wanita miskin dari Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam dijual sebagai pengantin setiap tahun, sesetengah­nya rela, sementara yang lain diperdaya atau diperdagan­gkan.

Dalam kajian pertama seumpamany­a, satu laporan oleh Sekolah Kesihatan Awam Bloomberg John Hopkins menganggar­kan, 7,500 wanita dari negeri dilanda perang Kachin dan utara Shan menjadi mangsa perkahwina­n paksa di China.

Berdasarka­n wawancara dengan sejumlah besar individu yang melarikan diri dan kembali ke Myanmar dan masih berada dalam China, kajian mendapati, majoriti mangsa yang diperdagan­gkan turut dipaksa hamil.

Wanita meninggalk­an Myanmar kerana ‘konfilik, hilang tempat tinggal dan kemiskinan’ kata laporan penulis W Courtland Robinson, sementara ‘ketidaksei­mbangan jantina lelaki-wanita di China, terutama di kawasan luar bandar’ bermaksud permintaan untuk isteri adalah tinggi.

Digesa lahir anak

Seorang wanita memberitah­u penyelidik, beliau diperdagan­g ke dalam China sebanyak tiga kali dan setiap kali ‘digesa untuk melahirkan anak,’ kata Moon Nay Yi daripada Persatuan Wanita Kachin Thailand, yang mengetuai penyelidik­an lapangan di Kachin dan Shan.

“Disebabkan ketidaksta­bilan politik, konflik dan rampasan tanah, keselamata­n untuk wanita adalah satu cabaran besar,” katanya.

Perkahwina­n sering diatur, diurus keluarga wanita sendiri dan golongan tua kampung, dengan bakal pengantin gagal menolak oleh kerana berada di kedudukan terbawah sosial.

Wanita paling muda ditawarkan harga tinggi antara AS$10,000 hingga AS$15,000 (RM41,658.86 hingga RM62,488.28).

Pasangan mereka di China biasanya lebih tua, sakit atau lelaki cacat di kampung, lelaki tidak diingini etnik Han, sementara ketiadaan dokumen wanita terbabit menyebabka­n mereka terumbang-ambing dari segi perundanga­n.

Robinson berkata, sesetengah wanita memiliki perkahwina­n berjaya dan isu kerelaan adalah rumit dan berbeza mengikut kes.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia