Berita Harian

Ranieri penyokong tegar Mourinho

-

London: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho dilihat sukar untuk menutup kritikan terhadapny­a di Old Trafford, namun setidak-tidaknya dia masih mempunyai seorang penyokong tegar daripada rakan sejawatann­ya yang baharu mengendali Fulham, Claudio Ranieri.

Pengendali dari Itali, Ranieri dijadual membawa pasukannya yang kini berada di tangga tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) ke United hari ini dan berkata, dia tidak sabar untuk mengeratka­n lagi persahabat­an bersama rakan sejawatann­ya yang pernah mengambil tempatnya di Chelsea pada 2004.

Ranieri yang kembali tampil ke liga teratas Inggeris selepas berpisah dengan Leicester City pada 2017 berkata, Mourinho adalah pengurus pertama mengalu-alukan ketibaanny­a itu.

Jurulatih hebat

"Dia yang pertama menghantar mesej ‘selamat kembali’. Dia sangat baik. Dia memberitah­u saya ‘selamat kembali, semoga berjaya'. Kami bercakap banyak perkara," kata Ranieri. "Ia mesej pesanan ringkas. Kadangkala kami berbual. Dia seorang yang menarik. Saya mengenalin­ya sudah lama, ketika dia tiba di Chelsea dan di Itali dan dia amat baik dengan saya. Dia hebat, jurulatih, pengurus dan juga bola sepak adalah sangat penting (baginya)."

Mourinho berdepan detik sukar di Old Trafford dengan The Red Devils kini berada di tangga kelapan - 18 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City dan lapan mata di belakang kelompok empat terbaik.

Ranieri percaya prestasi pasukan lawan kini bertambah baik meskipun berharap dapat menambah duka Mourinho pada minggu ini.

"Saya fikir Manchester United bertambah baik," katanya. "Bagi kami, ia akan menjadi sukar. Kami harus bermain dengan sempurna. Manchester United salah sebuah pasukan terbaik dalam EPL dan di Liga JuaraJuara juga mereka sudah melakukan tugas dengan baik.

"Kami mahu mendapatka­n mata di sana. Kami tahu ia sukar tetapi semuanya tidak mustahil,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia