Berita Harian

Aguero buat Guardiola resah

Nasib penyerang City diturunkan jumpa Chelsea masih kabur

-

Pep Guardiola kini dalam dilema dengan tahap kecergasan Sergio Aguero tatkala kemampuan penyerang Manchester City itu pada minggu ini jelas tidak menentu.

Aguero mengalami isu kekejangan otot dan peranannya dilihat begitu penting untuk bertemu Chelsea di Stamford Bridge, awal pagi esok waktu Malaysia.

Guardiola pernah dinasihatk­an untuk tidak menggunaka­n khidmat pemain Argentina itu ketika menentang Bournemout­h minggu lalu dan dia juga hanya melihat kejayaan pasukan di luar padang ketika

(gambar),

rakan seperjuang­annya menewaskan Watford, Selasa lalu.

Risiko kecederaan serius

Doktor kelab memberitah­u Guardiola yang pemain berusia 30 tahun itu berdepan risiko kecederaan serius sekiranya beraksi pada minggu lalu dan dia berharap tempoh rehat pemainnya itu sudah tamat.

Aguero sedar yang dia perlu berehat tetapi masih menaruh harapan untuk dimasukkan ke dalam skuad City nanti.

City dijangka mengetahui keputusan lanjut mengenai pemainnya itu semalam selepas sesi latihan terakhir mereka sebelum menuju ke laman Chelsea yang dikendali Maurizio Sarri.

Gabriel Jesus dikritik selepas beberapa siri kegagalan jaringan di hadapan gol musim ini dan dilihat bakal memikul tanggungja­wab di bahagian serangan tidak kira sama ada Aguero mampu melakukann­ya ataupun tidak.

Guardiola berpuas hati dengan prestasi Jesus pada pertengaha­n minggu ini meskipun sedar betapa pemain kebangsaan Brazil itu perlu melakukan jaringan.

Sementara itu, Kevin De Bruyne juga berada dalam situasi meragukan selepas dia baru saja kembali daripada kecederaan buku lali buat kali kedua musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia