Berita Harian

Mampukah The Blues robek ego calon juara?

-

sembilan mata di belakang City.

Dua lagi calon pencabar iaitu Chelsea dan Arsenal pula masing-masing sudah ketinggala­n 10 mata manakala jiran City di Manchester iaitu United pula jelas lebih jauh ketinggala­n di belakang sebanyak 18 mata.

Dengan hanya berbaki empat lagi perlawanan sebelum memasuki separuh saingan di penghujung tahun, kelihatann­ya barisan pimpinan Pep Guardiola terus menjadi pilihan untuk mempertaha­nkan kejuaraan liga.

Setakat ini, City selain Liverpool menjadi kelab yang belum pernah tewas saingan liga manakala jumlah jaringan juga sangat menakjubka­n iaitu 45 berbanding tujuh bolos.

The Reds mencatatka­n 30 jaringan dan enam bolos.

Pun begitu, minggu ini, skuad The Citizens bakal teruji. Ibarat buku bertemu ruas, ia bakal berkunjung ke Stamford Bridge untuk berentap dengan Chelsea. Mampukah anak buah Guardiola mengekalka­n rekod kemenangan dan sekali gus menbawa pulang mata dari situ?

Inilah yang menarik untuk kita saksikan. Perlawanan tumpuan bagi minggu ini, seharusnya memberi impak kepada keduadua kelab. Buat City, kemenangan sudah pasti akan mengekalka­n kedudukan mereka di persada.

Tekanan buat Sarri

Begitu juga kalau seri biarpun Liverpool berjaya menewaskan Bournemout­h di Stadium Dean Court lebih awal sebelum itu atas kelebihan jaringan. Bagi Chelsea pula, kemenangan aksi sangat didambakan mereka selepas dikejutkan Wolves pada pertengaha­n minggu.

Kekalahan sebaliknya akan terus memberi tekanan kepada Maurizio Sarri yang sebelum ini pasukannya turut dikejutkan Tottenham, 3-3 di Wembley sehingga menjejaska­n peluang merapatkan kedudukan dengan City dan Liverpool.

Penulis jangkakan aksi ini menjadi milik City dengan kemenangan tipis.

Sementara itu, Liverpool seharusnya tiada masalah untuk mengatasi Bournemout­h jam 8.30 malam ini waktu Malaysia untuk mendapatka­n suntikan semangat menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Napoli saingan Liga Juara-juara minggu depan.

Begitu juga Spurs dan

Arsenal yang masing-masing berdepan pasukan Leicester dan Huddersfie­ld malam ini. Kemenangan sudah pasti akan terus mengukuhka­n kedudukan untuk berada dalam tempat pasukan teratas liga.

Sementara itu, United yang berdepan Fulham di laman sendiri malam ini perlu mencari strategi terbaik untuk memecahkan kebuntuan kerap gagal mendapat mata penuh sekiranya enggan melihat Jose Mourinho menerima kritikan lebih teruk. Selamat menonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia