Berita Harian

Oltmans cari ramuan berdepan Jerman

Tetap pasang impian jinak lawan untuk mara

-

dan anak buahnya perlu berdoa agar Belanda dapat menewaskan Pakistan dalam perlawanan seterusnya.

“Jika kami menyerang, bahagian pertahanan kami akan terdedah. Dan jika kami bertahan, peluang Jerman untuk menjaringk­an gol agak sukar. Jadi ia hanya akan ditentukan pada perlawanan itu bila kami perlu menyerang dan bila akan bertahan.

“Setakat apa yang kami tahu, sasaran kami tidak berubah dan kami masih mahu layak ke pusingan seterusnya. Itu bermakna kami perlu mengalahka­n atau mencatat keputusan seri dengan Jerman,” kata Oltmans selepas sesi latihan di Stadium Kalinga, di sini, semalam.

Pada sesi latihan itu, pemain menjalani latihan mengikut cara bagaimana Jerman bermain.

“Latihan ini spesifik mengikut permainan Jerman. Dan sesi latihan ini berjaya dan diharap pemain dapat menterjema­hkan dalam perlawanan sebenar,” kata Oltmans.

Undang masalah

Jerman berjaya meraih kemenangan selesa 41 ke atas Belanda dan ini pastinya mengundang masalah kepada Malaysia.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini saingan Kumpulan D bukan mudah malah ia paling sukar dalam kempen Piala Dunia ini. Jadi pasti akan ada kejutan berlaku dan kami perlu bekerja keras untuk mengatasi Jerman,” kata Oltmans.

Persembaha­n hebat Jerman membolehka­n mereka mengumpul enam mata, tiga mata mengatasi pasukan di tangga kedua Belanda dan kini menjadi pasukan pilihan untuk muncul juara sekali gus meraih tiket ke suku akhir.

Keputusan seri atau menang buat Jerman ke atas Malaysia pada perlawanan terakhir kumpulan esok akan membolehka­n mereka merebut tempat pertama di depan Oranje.

“Ia gila untuk menang 41 dengan Belanda, kami tidak menjangkak­annya,” kata pemain Jerman, Mats Grambusch.

“Mereka pasukan yang lebih bagus pada suku ketiga dan kami memberikan beberapa pukulan sudut penalti untuk beri peluang mereka menjaringk­an gol tapi mereka gagal kerana pertahanan kami yang baik.

“Sekarang kami ada satu lagi perlawanan penting menentang Malaysia dan kami tidak boleh mengambil mudah kerana peluang kami dalam kempen Piala Dunia ini bergantung kepada perlawanan ini,” kata Grambusch.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia