Berita Harian

Nabil janji pamer aksi lebih baik

-

Bhubaneswa­r: Secara luaran, Inspektor Nabil Fiqri nampak kurang bersemanga­t dengan dia seperti individu lain ketika skuad negara bertemu Belanda dan Pakistan dalam saingan Hoki Piala Dunia, di sini.

Dia melakukan banyak kesilapan mudah, selain gagal menyekat hantaran yang sepatutnya boleh dihalang serta tidak dapat melakukan hantaran dengan kemas. Situasi itu menambahka­n tekanan di bahagian tengah skuad negara sehingga menyebabka­n jentera serangan Malaysia menjadi tumpul.

Nabil jarang menghadiah­kan gol namun sering melakukan hantaran yang boleh membantu skuad negara menjaringk­an gol. Sedangkan, pada tahun ini sahaja, Nabil beraksi dalam Piala Sultan Azlan Shah, Sukan Komanwel, lima aksi ujian di Buenos Aires, Sukan Asia, Trofi Juara Asia, tiga aksi ujian bertemu New Zealand dan kini di Piala Dunia.

Aksi penentuan

Namun, dia hanya menjaringk­an satu gol masingmasi­ng pada Sukan Asia 2018 dan aksi ujian New Zealand. Ketika ditanya sama ada semua kejohanan yang disertainy­a itu membuatkan dia keletihan: “Semua orang memiliki pandangan tersendiri, tetapi saya percaya saya sudah memberikan yang terbaik dalam semua kejohanan sepanjang tahun ini.

“Namun kami akan memberikan aksi yang lebih baik pada aksi terakhir bertemu Jerman nanti. Ketika ini, kita tiada kelebihan dan satusatuny­a cara adalah menewaskan Jerman atau sekurangku­rangnya meraih keputusan seri.

“Jurulatih (Roelant Oltmans) banyak memberikan dorongan kepada kami dan kini kami sudah bersedia untuk aksi penentuan ini,” katanya yang memiliki 230 kap bersama skuad kebangsaan. Dan bagaimana dengan isu pemakanan, adakah ia mendatangk­an masalah di Bhubaneswa­r?. Makanan hotel memuaskan, jadi kami tiada masalah. Kami juga ada membawa sambal dan juga rempah ratus yang lain.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia